Terdesak Tarik Pelabur Luar, Najib Mula Berdolak Dalik

SHAH ALAM 30 Sept : Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Badrul Hisham Shaharin, atau CheGuBard menyifatkan Perdana Menteri, Najib Razak sebagai terdesak, sehingga terpaksa membuat kenyataan yang mengeliru dan melucukan di luar negara, dalam usahanya untuk menarik pelabur masuk ke negara ini.
CheGuBard mengulas laporan Bernama mengenai lawatan Najib ke Amerika Syarikat bagi promosi dan dialog Program Transformasi Ekonomi, bersama Majlis Hubungan Luar (CFR), sebuah kumpulan pemikir dan hal ehwal luar terkemuka di New York.
Dalam usahanya memenangi hati pelabur luar, Najib ketika menjawab soalan wartawan pada sidang media di sana berkata, kerajaan Malaysia tidak pernah menentang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sambil berkata, salah seorang kakitangan kakitangan Anwar lah yang memfailkan satu laporan terhadap beliau.

"Satu dunia tahu tentang kenyataan Najib di televisyen. Hari pertama dia kata, dia tidak ada kena mengena dan tidak kenal dengan Saiful Bukhari. Hari kedua, dia kata Saiful datang untuk minta biasiswa. Hari ketiga dia kata, Saiful datang kerumahnya menemui dia dan isterinya dan mengadu diliwat.

"Bukan sahaja rakyat Malaysia yang tahu tentang perkara ini, tapi seluruh dunia tahu tentangnya. Kini, Najib sendiri yang terpaksa menjawab isu ini, dan kelihatan rejim ini sangat tertekan," kata CheGuBard, menyebut Saiful Bukhari Azlan sebagai kakitangan yang dimaksudkan oleh Najib.

Terdahulu,usahawan Britain Sir Richard Branson dilaporkan sebagai berkata, kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang yang sedang berlangsung kini memberi kesan ke atas Malaysia.

Branson pada 27 September itu juga berkata, kes liwat itu sekaligus mematahkan semangat pelabur yang mahu melabur di negara ini.

Mengambil kira prinsip itu, CheGuBard mendakwa, Barisan Nasional tidak punya pilihan, selain dari terus mempergunakan jentera kerajaan untuk berdepan dengan Anwar.

CheGuBard berkata, selain dari isu fitnah kedua yang dilontar terhadap Anwar, antara perkara yang mempengaruhi pertimbangan pelabur untuk datang ke sesebuah negara adalah suasana pasaran semasa, ketelusan pentadbiran, sistem mahkamah dan jaminan keadilan.

"Jika kita gagal memberikan jaminan dan gagal memberikan keadilan, ini akan menyebabkan para pelabur semakin lari. Ini bukanlah disebabkan oleh kita (rakyat Malaysia), tetapi kerana rejim yang mempergunakan seluruh jentera kerajaan termasuk mahkamah demi mengekalkan kuasa," jelas

CheGuBard menambah, pelabur hanya akan melabur di negara di mana wujud suasana yang kondusif, terjamin dan selamat, namun perkara ini gagal dilaksanakan di Malaysia.
"Persoalannya, Najib sendiri tidak mempunyai kepakaran dalam bidang ekonomi dan pasukannya juga sangat lemah. Kita kena ingat sebelum ini, Najib pernah beberapa kali membuat kenyataan yang dilihat cuba menipu rakyat Malaysia mengenai kedudukan ekonomi di negara ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan