Keputusan pemilihan PKR hari ketiga

Sebanyak 27 cabang PKR di lima buah negeri pada hari ke-3 mengadakan pemilihan pucuk pimpinan parti termasuk memilih pemimpin di peringkat sayap - Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita PKR.

Cabang-cabang tersebut adalah enam di Pulau Pinang, Perak (8) Pahang (7), Melaka (4) dan dua cabang di Negeri Sembilan.

Keputusan untuk hari ini - setakat 7.00 petang - penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim mendepani dua lagi pencabarnya dengan memperolehi 343 undi.

Naib presiden Azmin Ali mendapat 325 undi, manakala ketua PKR Perak Mustaffa Kamil Ayub meraih 37 undi.

Berikut keputusan yang diperolehi untuk jawatan timbalan presiden di peringkat cabang-cabang:

Batu Kawan: Azmin (59), Zaid (94), Mustaffa (9)

Ipoh Timor: Azmin (50), Zaid (14), Mustaffa (2)

Bukit Katil: Azmin (97), Zaid (41), Mustaffa (8)

Tampin: Azmin (6), Zaid (115), Mustaffa (2)

Masjid Tanah: Azmin (16), Zaid (38), Mustaffa (8)

Bukit Katil: Azmin (97), Zaid (41), Mustaffa (8)
-malaysiakini-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan