Liwat II ditangguh ke 2 petang, Karpal akan hadir

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membicarkan kes liwat yang didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, pagi ini ditangguhkan sehingga jam dua petang ini.

Sebelum perbicaraan bermula kedua-dua pihak - pembelaan dan pendakwaan berbincang di kamar hakim, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah.
NONEKetika perbicaraan , seorang lagi peguam yang mewakili ketua pembangkang itu - Sankara Nair memaklumkan kepada mahkamah bahawa ujian denggi ke atas peguam utama Karpal Singh menunjukkan keputusan negatif. 

Katanya, meskipun Karpal masih lemah dan dilanda cirit-birit pula, beliau akan datang ke mahkamah pada jam dua petang ini.

Peguam Cara II Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berkata beliau tidak ada bantahan berhubung penangguhan itu tetapi berharap ia diteruskan pada waktu yang dijanjikan itu.

Hakim Zabidin kemudian menangguhkan perbicaraan sehingga jam 2 petang ini.
azlanSankara memberi jaminan jika Karpal tidak hadir, peguam lain akan menjalankan soal-balas ke atas saksi.

Selain Sankara, peguam lain yang berada di mahkamah hari ini adalah Param Cumaraswamy.

Anwar hari ini ditemani anaknya Nurul Nuha.

Pada perbicaraan dua hari lalu, peguam bela, Karpal Singh menyoal-balas pakar bedah am Hospital Kuala Lumpur, Dr Mohd Razali Ibrahim yang membuat pendedahan bahawa wujud sebuah laporan pemeriksaan awal terhadap pengadu utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan tetapi laporan itu tidak dibentangkan di mahkamah.

Anwar, 63, sedang dibicarakan atas tuduhan meliwat Mohd Saiful, bekas pembantu peribadinya yang berusia 25 tahun, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No.99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di Kuala Lumpur di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

-malaysiakini-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan