Menteri Vs Blogger Rocky's Bru

Mazidul Akmal Sidik 

Dia dah buat laporan polis dan membawa bersama rakaman CCTV (tangan awak sampai masuk ke kaunter dan mengejar adik saya ke sana ke mari dengan niat provokasi dan 6 orang saksi membuat laporan polis"

Itu antara komen dicetak di ruangan komen tampalan blog ini pada 17 Disember 2009, baca di sini.


Ya, pernah sekumpulan kakitangan hospital Sungai Buloh mendakwa membuat laporan polis sebelum ini ke atas saya.

Untuk rekod, memasukkan tangan ke lubang di  kaunter hospital bukan kesalahan jenayah, 'mengejar' bukan istilah tepat, saya hanya berlegar di lobi wad kecemasan melihat gelagat pembantu pegawai perubatan, MA terbabit. Manakala 'niat provokasi' tidak dapat dilihat,  justeru harus dibuktikan.

Jika saya mencederakan MA terbabit, saya boleh didakwa mengikut Seksyen 323 atau 324 Kanun Keseksaan tetapi saya tidak terbabit melakukan perbuatan sebegitu.

Hakikatnya, setiap rakyat Malaysia berhak membuat laporan polis dan polis wajib menerima laporan terbabit. Namun mengikut prosedur, setiap laporan akan disiasat kesahihannya terlebih dahulu sebelum kertas siasatan dibuka dan diserahkan kepada Timbalan Pendakwaraya, DPP. DPP bertugas kemudian akan membuat penilaian samada kes itu boleh didakwa atau sebaliknya.

Dalam kes terbabit, ayah saya pernah menjadi 'mangsa' kecuaian hospital telah meninggal dunia 4 hari sebelum bulan Ramadan lalu. Semoga rohnya dicucuri rahmat, Al-Fatihah!

Hemat saya, bukan semua kes mampu diselesaikan dengan membuat laporan polis. Sebilangan boleh perbetulkan dengan tindakan lebih bijak. Contoh jelas, sila baca tampalan berikut.

Mengapa Namewee dibenar mengadakan konsert di Johor Bahru sedangkan dia secara jelas memprovokasi khususnya orang Melayu berulangkali melalui klip video dimuat naik di Youtube? Dia juga pernah mempelekehkan lagu Negara Ku ditukar kepada rentak rap dan dinamakan 'Negarakuku'. Namewee dalam klip video berbeza juga pernah memaki hamun Tenaga Nasional Berhad, TNB. Apa katanya? ***** TNB! Eat Shit TNB! Individu sama juga dilaporkan cuba menyemarakkan sentimen perkauman di negara pelbagai bangsa ini melalui lagu ciptaannya.

Hairan dan ajaib, setakat ini Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia tiada mengambil tindakan terhadap anak kelahiran Muar, Johor terbabit.

Mengapa?

Justeru sebaik terlihat giant posternya berhampiran pusat hiburan di Jalan Stulang Laut, laporan dibuat wakil TV3 di Johor, Zulhazri Abu Bakar kepada Majlis Bandaraya Johor Bahru, MBJB. Tindakan menurunkan poster terbabit dilaksanakan MBJB dengan kadar segera, sila baca di sini.

Terbaharu, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia membuat laporan polis terhadap blogger Rocky's Bru (Datuk Ahirudin Attan) berikutan tampalan di blog beliau, baca di sini.

Hemat saya membuat laporan polis, hak individu biarpun beliau menteri namun tindakan itu kelihatan agak janggal. Saya khuatir jika ramai blogger melihat kes ini sebagai 'Menteri Vs Bloggers'.

Ada baiknya, pihak kementerian memanggil Rocky terlebih dahulu untuk mendapatkan penjelasan terperinci berhubung intipati tulisannya.

Saya sekadar blogger picisan bukan berpengalaman berbanding Rocky. Justeru, sebelum menulis, setiap dakwaan saya pastikan kesahihannya. Jadi barangkali kerana itu, tiada tindakan diambil biarpun 6 laporan polis didakwa dibuat ke atas saya sebelum ini.

Berani kerana benar, itu pegangan dan etika saya amalkan, bukan sekadar menulis untuk memuaskan hati. Saya yakin sebagai 'otai' blogger, Rocky lebih memahami konsep sama.

Saranan saya, sebelum tindakan undang-undang diambil terhadap Rocky, ada baiknya pihak kementerian sama menyemak semula tindakan Namewee selama ini. Usah sehingga ada pihak melihat Melayu hanya berani bertindak sesama Melayu. http://mazidulakmal.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan