Pelajar dizalimi: Anugerah dekan UKM4 digantung

Anugerah Dekan yang dimenangi oleh seorang daripada empat mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang dikatakan terbabit dalam kempen Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor April lalu, didakwa telah digantung sehingga perbicaraan mereka ke atas universiti berkenaan selesai.

Menurut mahasiswa tahun kedua, jurusan sains politik, Woon King Chai (
bawah, pertama dari kiri), 22, beliau hanya dimaklumkan mengenai keputusan tersebut petang semalam.
ukm students failed to challenge uuca auku 280910"Saya berjumpa dengan penolong pendaftar fakulti saya dan berjumpa dengan seseorang yang dikenali sebagai Puan Norashikin dan katanya, pihak perundangan UKM menasihatkan mereka supaya menahan anugerah berkenaan sehingga perbicaraan selesai,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Woon, keputusan itu dibuat oleh fakulti berkenaan pada Ogos lalu, 'jadi adalah pelik bagi mereka untuk memberitahu saya sekarang. Saya juga tidak diberitahu secara rasmi.”

"Saya kecewa pihak fakulti dikuasai oleh keputusan pentadbiran yang tidak bersandarkan kepada prosedur yang betul...saya juga tidak diberitahu di bawah seksyen mana tindakan disiplin akan diambil,” katanya.

Untuk tindakan susulan, Woon berkata beliau akan berunding dengan peguamnya.
ukm 4 challenge auku uuca 280910 bannersWoon bersama tiga rakannya lagi iaitu - Muhamad Hilman Idham, 21, Muhammad Ismail Aminuddin dan Azlin Shafina Mohamad Adzha, kedua-dua mereka 22 - sekarang menghadapi tindakan digantung kerana didakwa terbabit dengan kempen di Hulu Selangor.

Keempat-empat mereka mencabar tindakan universiti itu yang mendakwa mereka di bawah Akta Universiti dan Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dengan menghalang mereka daripada terlibat dalam aktiviti politik.

Bagaimanapun pada Rabu lalu, Mahkamah Tinggi menolak permohonan injunksi 
erinford (status quo dikekalkan sehingga rayuan didengar di Mahkamah Rayuan) mereka bagi menghalang universiti itu berbuat demikian.

-malaysiakini-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan