Pelajar Sekolah Agama Minum Arak di Sekolah

amkns

PELAJAR SEKOLAH AGAMA MINUM MINUMAN KERAS DI SEKOLAH DI SEBALIK kisah sembilan pelajar sekolah menengah agama di Matang, Kuching ditahan reman tiga hari kerana terbabit mencederakan rakan mereka dalam satu kes buli Ahad lalu, terbuka cerita kononnya mereka yang ditahan turut pernah terbabit meminum minuman keras!

Mangsa buli yang berusia 16 tahun dikatakan pernah mengadu mengenai tingkah laku buruk kumpulan pelajar itu  yang dikatakan sering meminum minuman keras kepada salah seorang guru, tetapi tidak dapat dipastikan sejauh mana tindakan yang telah diambil. 

Lebih mengaibkan aduan juga dibuat memaklumkan perbuatan meminum minuman keras itu dilakukan di dalam kawasan sekolah - sebuah sekolah agama yang sepatutnya amat mementingkan nilai-nilai akhlak dan disiplin di kalangan pelajarnya. 

Kini kumpulan 9 pelajar itu ditahan reman, selepas mereka didakwa memukul dan menendang mangsa yang juga rakan seasrama dalam kejadian yang dikatakan berpunca daripada sikap membalas dendam.

Kumpulan pembuli dipercayai marah, selepas keengananan mereka melaksanakan tugas membersihkan kawasan asrama dilaporkan mangsa kepada guru sekolah. Berikutan itu, mangsa dibelasah beramai-ramai sehingga cedera di kepala dan di bahagian belakang badan.

Ketua Polis Daerah Kucing, ACP Mun Kok Keong, mengesahkan penahanan pelajar terbabit. Semua pelajar ini direman tiga hari kerana kes buli. Kecil-kecil lagi dah nak tunjuk samseng. Macam mana kita nak maju wahai anak bangsaku?  

Menurutnya, mangsa yang cedera dalam kejadian buli itu dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk mendapatkan rawatan dan laporan perubatan.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan