GUA MUSANG, 28 Okt: Pilihanraya kecil Galas d berkata an Bukit Sapi kini gempar dengan video yang menunjukkan pemimpin bahagian Umno mendakwa sokongan kaum India dan Cina tidak diperlukan jika orang Melayu memberi sokongan kepada parti itu.
Presiden MCA Chua Soi Lek yang berusaha meraih undi Cina di Galas cuba menjarakkan diri daripada kenyataan ketua Umno bahagian Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani.
Chua dipetik sebagai berkata bahawa ada pemimpin Umno yang tidak matang dalam politik dan meminta kaum Cina untuk memberi sokongan mereka kepada Umno-Barisan Nasional.
Di Galas, Datuk Chua cuba meremehkan ucapan Datuk Johari dan berkata rakyat harus member tumpuan kepada apa yang dikata oleh Perdana menteri Najib sendiri.
Chua berkata MCA tidak akan menyokong pemimpin akar umbi seumpama itu dan malah akan mencadangkan kepada pemimpin Umno agar mereka tidak dikemukakan sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang.
Katanya, pemimpin Umno itu gagal bertindak atas semangat BN bagi menjaga kepentingan semua kaum.
“Ini memberitahu kita bahawa ada pemimpin akar umbi Umno yang tidak berapa cerdas dari segi politik. Mereka ini kurang bijak. Kita akan laporkan kepada perdana menteri.
“Mereka tidak sepatutnya keluar. Kita akan ikuti kes ini. Mereka tidak tidak mewakili BN dan sepatutnya bersara dan pulang,” kata Chua.
Chua mengulas klip video yang memaparkan ucapan ketua Umno bahagian Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani di Pusat Dagangan Dunia Putra pada tarikh yang tidak disebut.
Menurut Johari, bagi membolehkan Umno menawan semula kerusi parlimen Titiwangsa, mereka memerlukan sokongan 70 peratus undi Melayu di sana.
Video berkenaan antara lain memamparkan Johari, dalam ucapannya sebagai berkata “Tuan-tuan, jika kita dapat 70 peratus daripada 32,000 undi Melayu, maka kita tidak lagi perlu undi Cina dan India,”.
Ungkapan Johari dalam ucapannya itu kemudiannya disambut tepukan gemuruh daripada hadirin di majlis itu.
Ketika berita ini ditulis, video yang dimuat-naik di Youtube itu telah menarik minat 50,000 orang menontonnya dengan 600 komen yang kebanyakan mereka membidas Johari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan