Perang sepanduk tercetus di bangunan Parlimen hari ini apabila beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat bergegas menggantung sepanduk parti masing-masing sebagai tindakbalas terhadap sepanduk yang digantung oleh Umno.
Mereka tidak berpuas hati melihat sepanduk mesyuarat agung tahunan ke-61 Umno yang dibenarkan digantung di tiang lampu di jalan menuju ke bangunan Parlimen.
Tindakan itu diketuai oleh Teresa Kok (DAP-Seputeh) yang juga mula menaikkan sepanduk parti masing-masing sekitar kompleks Parlimen.
Kok sebelum ini menimbulkan isu sepanduk Umno di Dewan Rakyat pada Selasa lalu sebelum AGM itu bermula tetapi soalannya ditolak oleh speaker.
Menurutnya, berikutan aduan berkenaan - sepanduk Umno diturunkan lewat hari itu tetapi ia dinaikkan semula semalam.
Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) dan Mohd Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai) juga tidak ketinggalan dengan menaikkan kain rentang pilihan raya kecil Galas di penghadang jalan menuju ke Parlimen.
-malaysiakini-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan