Politikus Jantan atau Pondankah En. Ibrahim Ali?

Zabidie

Pilihanraya Kecil DUN Galas semakin hangat diperkatakan. BN-UMNO terpaksa melantik Tengku Razali Hamzah bagi menutup pekong di Manek Urai. Jambatan entah dimana, pusat agro dijadikan alat perbodohkan pengundi.

Tersepit dengan pembohongan BN-UMNO, Datuk Mustafa Mohamed mengikut jejak Tan Sri Muhyiddin Yassin, menyorok disebalik sehelai daun.Enggan dilantik pengarah pilihanraya.

Jika AKIM menyatakan akan bertanding, Ketua Pemuda UMNO mengatakan DUN Galas seperi perang. Datuk Seri Nazri Aziz mencabar Ibrahim Ali untuk menubuhkan parti jika PERKASA benar-benar anak jantan.

JANTAN kah Ibrahim Ali ?

Jantannya Ibrahim Ali kerana mengunakan tiket PAS pada piliharaya umum lalu dan mengutip ahli sisa PKR dan UMNO. Melantik ahli UMNO yang tewas dalam pemilihan bagi jawatan organisasinya.

Penarikkan pingat kebesaran daripada Istana Kelantan menunjukkan beliau adalah perosak rakyat. Jika sebelum ini beliau dikatakan 'katak politik' oleh pengamal politik tanahair.

Maka jika disimpulkan JANTAN dan KATAK, maka Ibrahim Ali boleh disebut sebagai K........... . Ahhh pencatat enggan menaipnya bimbang istilah ini digunapakai oleh marhaen.

Kelmarin Ibrahim Ali berkata PKR akan melintasi PRU-13 untuk kali terakhir. Dimana kebenarnya ? Mungkin Ibrahim Ali berkata demikian kerana diserang dari pelbagai sudut termasuk dari UMNO.

Atau kata-kata itu kerana malu sendiri kerana mencemuh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang keterlaluan sejak 1998 ( rakaman mesyuarat MT UMNO 1998). Mungkin juga kerana PKR makin gagah dipersada politik tanahair.

Pencatat menanti dengan setia apa akan berlaku di Galas dan PRU-13. JANTAN atau PONDANkan Ibrahim Ali. Beranikah Ibrahim Ali menghantat calon PERKASA di DUN Galas. Ayuh kita nantikan.

http://amkj.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan