Saman RM200 juta: Felda peroleh penghakiman ingkar

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) hari ini memperoleh penghakiman ingkar berikutan kegagalan penerbit dan pencetak akhbar Suara Keadilan - Pelita Koridor Sdn Bhd serta pencetakan NPK Sdn Bhd memasukkan kehadiran mereka dalam saman fitnah RM200 juta.
Saman itu adalah kerana penyiaran artikel fitnah bertajuk Felda bankrap.

Hakim Mahkamah Tinggì Kuala Lumpur, Datin Zabariah Mohd Yusof membuat keputusan itu dalam kamarnya.

Ketika membenarkan permohonan Felda itu yang diwakili peguam Firuz Hussein Ahmad Jamaluddin untuk mendapatkan penghakiman ingkar berkenaan, hakim Sabariah berkata kos perbicaraan akan ditaksirkan kemudian.
-malaysiakini-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan