Tukar Akuan Bersumpah Satu Kesalahan

Majlis Peguam Malaysia menegaskan adalah satu kesalahan jenayah untuk mana-mana individu menukar akuan bersumpah yang dibuat secara sukarela.

Presidennya Ragunath Kesavan mengulas tindakan bekas pembantu kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rahimi Osman, yang semalam menukar kenyataan bersumpahnya dua tahun yang mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Rosmah Mansor, kepada tuduhan fitnah liwat yang dihadapi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Rahimi mendakwa beliau dipaksa membuat dua akaun bersumpah itu namun peguam-peguam terbabit Latf koya dan siful izham menafikan sebarang paksaan dikenakan ke satas bekas pembatuan anwai itu.

"Kalau individu itu secara sukarela buat akuan tersebut, dan kemudiannya beliau menukarnya pula, maka dia sudah melakukan kesalahan kerana dia telah membuat akuan bersumpah yang tidak betul," kata Ragunath.

Ragunath menegaskan bahawa tindakan menukar akuan bersumpah akan hanya menjejaskan kredibiliti individu tersebut kerana dia secara tidak langsung membuktikan bahawa dia memberi sumpah yang tidak benar.

"Itu bermakna keterangan yang dia bagi selepas ini tidak lagi kuat," jelas Ragunath dengan nada bersungguh-sungguh.

Sementara itu, Majlis Peguam Malaysia tidak akan mengambil tindakan terhadap peguam Latheefa Koya yang dituduh Rahimi memaksa beliau untuk menandatangi akuan bersumpah yang mengaitkan Najib dan Rosmah kepada Saiful Bukhari Azlan.

Ragunath berkata tiada tindakan akan diambil selagi tiada ada laporan khusus dibuat terhadap Latheefa kepada Majlis Peguam.

"Pada peringkat ini, hanya tuduhan sahaja. Kalau ada laporan lanjut dibuat, maka pihak kami akan mempertimbangkannya. Setakat ini tiada laporan dibuat,"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan