61.47 peratus di Batu Sapi dan 82 peratus di Galas

Harakahdaily
SANDAKAN, 4 Nov: Hanya 61.47 peratus keluar mengundi di Batu Sapi atau 15,774 pengundi manakala hanya 82 peratus keluar mengundi di Galas.

Jumlah ini lebih rendah berbanding jangkaan SPR di Batu Sapi iaitu 70 peratus tetapi melebihi jangkan SPR di Galas iaitu 80 peratus.

Pertembuangan tiga penjuru berlaku di Batu Sapi antara calon Pakatan dari PKR, Ansari Abdullah menentang calon BN, Linda Tsen Thau Lin dan calon SAPP, Datuk Yong Teck Lee.

Pakatan berusaha untuk mendapatkan undi calon beragama Islam apabila meletakkan Ansari kerana 59 peratus pengundi adalah beragama Islam di samping berusaha untuk mendapatkan undi 38 peratus Cina yang bakal dikongsi dengan calon BN dan SAPP.

Di Galas pula, pertandingan satu lawan satu berlaku antara calon Pakatan dari PAS, Dr Zulkefli Muhamad dengan calon BN dari Umno, Abdul Aziz Yusof.

Pengiraan undi akan bermula jam 6.30 petang dan keputusan dijangka mula diterima jam 7 malam.

Sementara itu, BN mula kelihatan yakin mereka akan menang dalam pilihan raya di Galas dan juga Batu Sapi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan