Bertaubatlah wahai atok yang telah berumur lanjut.

Assalaamualaikum dan salam hormat.

Amatlah sedap mengata orang dan amatlah muluk mulut menyindir orang apatah lagi jika kita adalah nama besar dan kita adalah seorang yang sering dilihat seperti penguasa mutlak sebelumnya.

Namun peliknya orang yang berkata itu telah tua benar. Dia kelihatan sudah amat uzur. Dan jika dilihat dari segi usianya, akalnya harus telah kurang daya berfikir dan kurang daya mengingat. Maka tidak hairanlah dia asyik berkata tanpa melihat kepada sejarah dirinya sendiri. 

Ketika dia memimpin partinya, dia dilihat sebagai diktator. Semua orang dihumbannya keluar parti jika menetang kehendaknya. Mana-mana menterinya yang tidak sehaluan, ditukarnya. Kalau ada dua parti bukan sekaumnya, dia boleh sahaja menggertak salah satunya supaya akur dengan kehendaknya.

Dan anaknya mendadak sahaja menjadi kaya. Jika ada syarikat anaknya yang akan bangkrap, duit bank milik negara di ambilnya untuk menyelamatkan syarikat anaknya. Tetapi dia pandai, dikatanya syarikat anaknya itu adalah syarikat negara. Dan dikatanya biarlah bank bangkrap asal negara jangan bangkrap.

Dia juga berkata hukum hudud Islam itu hukum lapok dan ketinggalan zaman. Kalau orang Islam dikenakan hukum hudud, Islam akan mundur kerana orang Islam tak bertangan lagi. Namun dia ini macam tak sedar hukum ialah untuk orang bersalah. Dan tidak semua orang Islam bersalah. Dan kelihatannya takut, takut anaknya dan dia sendiri akan dikenakan hudud kerana menyalah gunakan harta negara.

Dia juga pernah berkata, orang Islam jijik dengan anjing bukanlah kerana hukumnya tetapi kerana telah diajar dari kecil anjing itu jijik. Maka jadilah hukum anjing itu bukan atas dasar al-Quran dan Sunnah. Dia juga berkata semua orang yang mahir dalam sesuatu ilmu boleh disebut ulama. Maka jadilah penipu wang rakyat itu ulama.

Hairan juga ya...orang lain tua-tua boleh bertaubat, boleh sedar dirinya berdosa. Namun orang ini tidak sedar-sedar. Mungkin dia merasa masih lagi jadi pemimpin.

Apakah ini semua adalah fitnah? Apakah dia sahaja boleh berkata orang memfitnahnya? Ya, dia boleh berselindung dan menang dalam apa juga percakapannya dengan akta yang ISA ayng di dukungnya, boleh menangkap dan menghumban orang ke dalam penjara tanpa dibicarakan. Sebab itulah dia tidak mahu dan tidak mampu sama sekali berdebate secara face to face. Dia cuma boleh bercakap di sebalik media dan kertas sahaja.

Maaf penulis agak lancang sedikit. Lancang penulis kerana orang ini macam tak sedar dirinya hampir ke liang lahad.

Maka penulis berserah kepada ALLah Taala selepas ini apakah penulis masih bebas atau tidak. Islam menyatakan setiap yang dituduh bersalah wajib diberikan pengadilan sewajarnya. Sayyidina Ali sendiri kalah dengan Yahudi kerana gagal memberikan bukti. Namun zaman ini ada juga undang-undang menyumbat orang ke dalam penjara tanpa bukti dia bersalah, dan tanpa pengadilan yang seadilnya.

Dan penulis sentiasa berdoa agar orang ini dan orang yang sepertinya sedar dan bertaubat sebelum ajal menjelang tiba. Bukannya menyuruh orang bertaubat kembali masuk keparti dukungannya. Macamlah partinya itu sebuah agama Tuhan. Begitukah? Jika ya tidak hairanlah seorang pengarah filem terkenal merangkap pelakon veteran berkata, dia akan hidup dan mati dalam parti itu. Agaknya dia akan bersyahadah sebelum mati dengan kalimat partinya.

Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan