Bukan sahaja bodoh, tapi memang berniat jahat!!

batu-api2
Saya menulis satu artikel berkaitan gambar Nik Abdul Aziz Kamil yang bersanding dikatakan sebagai gambar Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Saya sertakan sekali gambar asalnya. (baca di sini)

Saya tegur Meli sebagaimana cara Meli menegur orang lain. Tapi nampak Meli tidak boleh menerima hakikat gambar itu bukan gambar Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Saya juga masuk ke blog Meli Kapak Jangat dan membuat posting komen di blognya. Harapan saya Meli menarik balik dan mengaku kesilapan.

Tidak menjadi kudis yang akan melarat jika dia bersifat demikian. Tapi malangnya Meli bukan sahaja bodoh, malah berniat jahat terhadap posting berkaitan gambar itu. Dia berharap benar apa yang dilihat itu adalah TGNA semasa muda. Dia kecewa kerana gambar itu bukan TGNA dan sikap kekecewaannya jelas dalam posting penjelasan dia.

Saya ambil petikan penjelasan Meli dalam blognya untuk sama-sama direnungi sebagai teladan kepada penulis blog yang baru.

PENJELASAN:

Saya bukan orang politik. Saya tidak tidak ada matlamat politik. Bila orang send gambar saya postinglah.

Jangan melihat dari sudut jahatnya atau negatifnya. Lihat dari sudut positifnya, hikmah di sebaliknya.

Kalau gambar ini bukan gambar TGNA, maka dengan penyiaran gambar melalui blog berkecuali ianya akan lenyap dengan sendiri. Segala penyibaran berita tidak benar akan terhenti dengan sendiri.

Kalau benarlah itu gambar TGNA dan Datik Tuan Sabaruiah sebaaimana yang didakwa, itu kita zaman silamnya. Abu Bakar, Umar, Ali dulu pun bukannya alim asalanya, mereka alim selepas kenabian dan kersalunan nabi Muhammad s.a.w.

Kita manusia tidak akan babah dari melakukan salah dan silap. Mungkin ada pihat yang sebarkan gambar ini sebagai tindak balas kepada serangan kepada Datin Seri Rosmah dan Datuk Seri Najib sebagai menantu TGNA, Ariffahami menjadi mangsa serangan balas kerana keghairhan orang Pas serang Khiary dan Pak Lah.

Yang pasti Airffahami baik dan mulia htainya sebagaimana juga Khairy. tetapi malangnya mereka jadi menantu MB dan PM. Bila PM dan bini PM dan dipersendakan, sebagai imbalan dan tindak balas, MB da bini MB pula diganyang.

Kalau betul itu gambar TGNA dan isteri tentulah ada pembocoran dari dalam, kalau ianya gambar pasangan lain dan dikaitkan dengan gambar TGNA dan isteri, ianya adalah suatu pembphongan dan ianya akan terhpaus dengan sendiri.

Seingat saya melalui blog saya banyak keskes fitnah selesai, terasuk kes kononnya Takiyuddin kawin anak Abe Din, adik kepada Abe Jak (kononnya bini Taki anak saudara Abe Jak) yang tersebar dan disebarkan oleh orang pas.

Ertinya apa yang diposting tidak semestinya fitnah dan bertujuan jahat, keuali yang membaca dan menilainya dengan niat jahat dan perasaan dan pemikiran cemar. (Baca di sini)
Meli pernah menulis artikel "Berani Tulis Berani Tanggung" pada 15 Februari 2008. Meli mungkin menghayati apa yang ditulis tapi Meli tidak berani bertanggungjwab sekadar berani "tanggung" sahaja akibatnya.

Meli juga mempercayai bahawa fitnah atau benar dalam tulis boleh hilang dengan sendirinya. Maksudnya paling jelas kita tak payah bertaubat kerana apa yang dibuat semuanya akan terselesai dengan sendirinya.

Meli sudah 'sakit'. Jiwanya sakit akibat daripada dendam yang lama. Saya setuju dengan komen kakiku @ batuAir dalam artikel saya sebelum ini, melayari blog Meli Kapak Jangat tidak sedikitpun memberikan manafaat. Saya mulai hari tidak akan membukanya lagi.

BatuApi @ FireStone
Shadow of Death
http://batuapi-firestone.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan