BATU PAHAT, 29 NOV: Empat sekawan maut selepas kereta yang dinaiki dinaiki selepas dirempuh bas ekspres serta kereta di Kilometer 110, Projek Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), antara Yong Peng dan Pagoh, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mayat mangsa, P Sathiya, 17, yang tercampak ke dalam sungai ditemui jam 4.20 petang semalam, 18 jam selepas operasi mencari dan menyelamat dijalankan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Adnan Azizon, berkata tiga lagi rakan karib Sathiya tercampak di tepi jalan dan keempat-empatnya disahkan mati akibat parah di kepala dan badan.
“Dalam kejadian itu, kereta dipandu T Sajeevan, 22, dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Simpang Renggam sebelum merempuh sebuah kereta yang ditunda.
“Sejurus kemudian, kereta Proton Iswara berkenaan dirempuh dua kenderaan menyebabkan empat sekawan itu tercampak keluar dengan seorang daripadanya terhumban ke dalam sungai,” katanya, semalam.
Menurut Adnan, dua lagi penumpang cedera dengan seorang daripadanya parah dan mereka kini dirawat di Hospital Muar.
Adnan berkata, Sajeevan dipercayai gagaI mengawal kenderaannya sebelum merempuh kereta yang ditunda menyebabkan kereta Proton Iswara yang dipandunya berpusing beberapa kali sebelum melintang di tengah jalan.
-tvsnews-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan