Kereta sport elektrik pertama Britain

JUTAWAN Dale Vince bergaya di sisi kereta elektriknya yang berharga £1 juta.
LONDON: Seorang jutawan di Britain, Dale Vince, 48, membelanjakan hampir £1 juta (RM5 juta) untuk membina kereta sport berkuasa elektrik pertama di Britain, lapor sebuah akbar semalam.

Dinamakan Nemesis, kereta elektrik tersebut yang memiliki 330 kuasa kuda (bhp), mampu memecut 0-160 kilometer sejam (km/h) dalam masa cuma 8.5 saat iaitu lebih laju daripada sebuah Ferrari.
Vince yang merupakan pengasas sebuah syarikat pembekal tenaga berasaskan kincir angin di Britain, mengupah sepasukan jurutera untuk membina kereta sport itu berdasarkan platform kereta Lotus.
Ia mampu bergerak sejauh 2,500 kilometer sebelum dicas selama dua jam dengan menggunakan soket pengecas segera atau 8 hingga 9 jam jika dicas di rumah. 
-Agensi-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan