kes Liwat: Karpal Dakwa Saksi Ke-3 Hina Mahkamah


KUALA LUMPUR, 23 NOV: Peguam, Karpal Singh memohon mahkamah supaya kesemua material yang digunakan saksi ke-3 pakar patologi HKL, Dr. Siew Sheue Feng diserahkan kepada peguambela ketika beliau mengimbas semula data klinikal pada waktu rehat berdasarkan Seksyen 159.

Menurut Karpal, Dr Siew boleh disabitkan kesalahan menghina mahkamah dan menganggu prosiding mendapat pengadilan.

Namun Peguam Cara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin menyangkal kerana menurut beliau tiada peruntukan undang-undang menyekat saksi  daripada mengimbas semula ingatan berhubung kes.

Yusof seterusnya menegaskan saksi tidak melakukan sebarang kesalahan Seksyen 159 jika melakukan imbasan memori di luar waktu mahkamah.

Karpal berhujah, menegaskan saksi melanggar peraturan Seksyen 159 kerana melakukan perkara sedimikian ketika prosiding dan bukan sebelum.

Hakim memutuskan mahkamah bersambung esok jam 11.30 pagi kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu hadir ke Mahkamah Persekutuan Putrajaya bersabit kes saman malunya terhadap mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Saksi Diprogram Sebagai Robot-Karpal
Suasana bilik perbicaraan kes fitnah ke-2 Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi tegang apabila Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin bertikam lidah dengan Anwar dan beberapa individu lain.

Ia berikutan keengganan pihak mahkamah menyerahkan nota klinikal yang menjadi asas kepada perbicaraan itu.

Usaha peguam utama, Karpal Singh yang mengasak saksi, Dr Siew Sheue Feng supaya merujuk kepada nota perubatan asal juga menemui jalan buntu. 

"Saksi-saksi ini sudah diprogram sebagai robot,” bidas Karpal.

Justeru ia membawa kepada rasa tidak senang Ketua Umum PKR itu apabila haknya berulang kali dinafikan untuk mendapatkan nota perubatan asal yang dibuat oleh doktor-doktor Hospital Kuala Lumpur.

"Ini sudah melampau kerana awak semua (pendakwa) cuba menyaring semua bukti,” kata Anwar.

Yusof pula menjawab: "Kau tidak tahu mengenai undang-undang."

Ia kemudian mencetuskan pertikaman lidah pula antara Yusof dengan beberapa individu di galeri awam.

Empat hingga lima orang polis yang bertugas kemudiaan dikerah untuk mengawal keadaan.

Anwar kemudian dilihat keluar dan masuk semula beberapa minit kemudian.

Karpal kemudian berkata pihak pembelaan akan mengemukakan permohonan bagi melucutkan kelayakan hakim membicarakan kes itu kerana Zabidin didakwa gagal mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

"Kita akan failkan permohonan pagi esok.”

Sebelum itu, Karpal bertanya kepada Dr Siew berhubung apa yang diisi dalam borang perubatan.

Nama pesakit - saksi menjawab, "Mohd Saiful Bin Bukhari."

No IC - Dr Siew berkata dia tidak ingat.

Tarikh lahir - sekali lagi doktor itu berkata dia tidak ingat.

Pekerjaan - “pembantu peribadi”

Status - "bujang"

Dr Siew juga berkata dia tidak ingat nombor laporan polis berkenaan.

Karpal kemudian meminta Dr Siew merujuk kepada laporan perubatan. “ Bukankah awak ingin menyegarkan semula ingatan awak berdasarkan nota itu?”

Saksi berkata dia hanya merujuk kepada maklumat dalam laporan perubatan terakhir dan bukan nota perubatan yang asal.

"Saya ada laporan yang lengkap,” katanya.

Pagi tadi, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah sekali lagi menolak permohonan pihak peguambela bagi mendapatkan nota perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) dalam perbicaraan kes liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sorok Bukti Mahkamah Tegang

Sebelum ini, pada sesi pagi peguambela Karpal Singh bertegas agar mahkamah mematuhi Seksyen 45, Mahkamah Supreme membenarkan saksi mengemukakan data menyokong keterangan bagi membantu mahkamah mendapatkan gambaran dari sudut sains dalam kes fitnah ke-2 Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Karpal berkata tidak adil bagi pihak peguambela sekiranya data disertakan tidak menyokong kenyataan lisan justeru menyangkal keadilan sistem perundangan.

"Fungsi pakar (saksi) adalah mengemukakan kepada mahkamah setiap maklumat bagi menyokong keterangan dalam terma sains agar mahkamah tidak tersilap arah," tegas Karpal.

Tambah beliau lagi, sebarang kenyataan dalam mahkamah tidak relevan sekiranya tiada data sokongan.

Bagaimanapun Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin mencelah mengatakan saksi layak menjawab secara lisan selain tiada desakan untuk saksi mengemukakan data.

Justeru Yusof berkata, tugas pakar patologi HKL, Dr Siew Sheue Feng hanya untuk mengambil sampel dan mengenalpasti kecederaan namun bukan mengenalpasti data.

Hakim Zabidin Mohd Diah sedang mempertimbangkan keputusan dalam kamar.

Pagi tadi, Dr. Siew tampil saksi pertama sesi pagi hari ini menyerahkan contoh borang semakan kecederaan Hospital Kuala Lumpur.

Namun apa yang dituntut semalam oleh peguambela adalah borang semakan terhadap pengadu, Saiful Bukhari Azlan.

Apabila ditanya sekiranya beliau boleh membawanya ke mahkamah, Dr Siew mengangguk.
-tvsnews-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan