Sehingga kini, lebih 40,000 orang dilaporkan menjadi mangsa banjir di Kedah dan Perlis. Seperti biasa, wujud aduan dari masyarakat bahawa mereka menghadapi kesukaran dan tidak mendapat bantuan.
Pengalaman saya menguruskan pusat bantuan tsunami beberapa tahun lalu menunjukkan bahawa bukan mudah menyalurkan bantuan kepada mangsa. Berdasarkan pengalaman tersebut, saya ingin mencadangkan tiga perkara berikut:
Pengalaman saya menguruskan pusat bantuan tsunami beberapa tahun lalu menunjukkan bahawa bukan mudah menyalurkan bantuan kepada mangsa. Berdasarkan pengalaman tersebut, saya ingin mencadangkan tiga perkara berikut:
Pertama, pemimpin politik hendaklah berhenti menyalahkan orang lain. Hari ini saya membaca dalam akhbar bagaimana seorang pemimpin politik menyalahkan pemimpin yang lain kerana lambat bertindak. Kenyataan begini tak produktif. Saya mencadangkan kerajaan negeri dan pusat duduk dan membentuk strategi bersama untuk menyelesaikan masalah rakyat.
Kedua, dalam bencana sebegini, selalunya Majlis Keselamatan Negeri (MKN) menjadi urusetia. Sekiranya itu jugalah keadaannya di Kedah dan Perlis, maka saya sarankan agar MKN menghebahkan nombor telefon hotline, faks dan email yang boleh dihubungi. Gunakan tv, gunakan radio dan gunakan akhbar. Jangan lupa, gunakan juga media sosial. Usah panggil media hanya untuk mengambil gambar Menteri Besar atau menteri saja. Gunakan media untuk menyalurkan maklumat kepada rakyat.
Ramai individu dan NGO ingin menghulurkan bantuan, tetapi tidak tahu bagaimanakah untuk membantu dan dimanakah hendak bermula. MKN hendaklah menjadi pusat sehenti untuk mengkoordinasi bantuan. Sekiranya tidak, bantuan akan tertumpu kepada satu-satu kawasan sahaja; sedangkan ramai lagi yang memerlukan dan tidak mendapat perhatian. MKN boleh mengarahkan sesuatu NGO ke kawasan yang tertentu dengan misi yang jelas.
Dan ketiga, media massa hendaklah memberikan liputan yang meluas kepada mangsa-mangsa banjir ini. Dengan cara ini, kita boleh menimbulkan kesedaran masyarakat untuk peduli dan mengambil bahagian dalam membantu mangsa-mangsa tersebut. Walaupun kita percaya kerajaan boleh melakukannya, namun tentulah lebih baik sekiranya rakyat dapat turut sama membantu.
Akhirnya, saya amat berharap walaupun Kedah dipimpin oleh PAS, manakala Kerajaan Pusat oleh Barisan Nasional, saya amat berharap politik muafakat kelihatan dalam isu ini. Berpakatlah untuk membantu mangsa. Dalam keadaan susah ini, percayalah mereka tidak kenal biru, merah atau hijau!
http://www.nobisha.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan