Pemuda bakal kahwin janda 15 anak



GAMBAR menunjukkan Craig Le-Sauvage berdiri di sebelah tunangnya, Joanne Watson (tengah) dan anak-anaknya.
LONDON: Seorang pemuda, Craig Le Sauvage berusia 34 tahun melamar bekas jirannya, Joanne Watson berusia 39 tahun yang sudah mempunyai 15 anak, lapor sebuah akhbar semalam.
Pemuda itu melamar Joanne pada awal bulan ini setelah dia berjumpa dengan wanita tersebut yang mengunjungi tempat bekerjanya di sebuah pusat bersantai.
Pemuda itu melamar wanita tersebut selepas dia mendapatinya masih cantik walaupun 15 tahun setelah mereka tidak lagi tinggal berjiran.
Sebelum ini Joanne telah berpisah dengan suaminya, John selepas mereka mendirikan rumah tangga selama 22 tahun.
Le-Sauvage mendedahkan dia turut gementar untuk menjadi bapa tiri kepada 15 anak Joanne yang berumur antara 22 tahun hingga 22 bulan.
Pemuda itu berkata, dia melamar wanita tersebut selepas dia memberitahu dirinya hamil tiga minggu selepas mereka keluar temu janji dan berkenalan dengan lebih mesra.
Justeru, Le-Sauvage bakal menjadi bapa kepada 16 anak apabila bakal isterinya melahirkan seorang lagi anaknya pada tahun depan. 
-Agensi/kosmo-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan