PERKASA buat laporan polis terhadap Nik Aziz kerana beri zakat kepada mualaf

NONE
PERKASA membuat laporan polis terhadap Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat berhubung pemberian wang zakat kepada tiga mualaf Orang Asli semalam.

Laporan tersebut dibuat oleh naib ketua wira PERKASA, Irwan Fahmi Ideris (tengah, foto bawah) di balai polis Gua Musang.

Beliau masuk ke balai polis tersebut pada kira-kira jam 3.05 petang.

Bekas ADUN Tendong, Fauzi Muhammad (kiri) yang juga ketua PERKASA Kelantan, turut membuat laporan polis yang sama terhadap Nik Aziz.

Beliau juga dilihat masuk ke dalam balai polis tersebut pada masa yang sama.

-malaysiakini-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan