PKR Masih Kuat, Penuh Semangat

Mohd Sayuti Omar
Saya hadir rapat umum anjuran PKR Selangor bertempat di auditorium MBSA, Shah Alam, Selangor. Mulanya agak malas untuk pergi memandangkan cuara tidak begitu baik, hujan turun sejak petang tadi. Aspal basah melecehkan perjalanan. Tetapi kerana seorang kawan (pegawai kerajaan pencen) sedia untuk jadi teman, saya gagahi juga walaupun tubuh agak keletihan kerana banyak makan daging korban.

Apa yang menarik hati untuk ke sana, bagi melihat sejauh mana kekuatan PKR akhir-akhir ini. Sejauh manakah semangat ahli dan penyokong PKR; apakah ia retak atau semakin membuak ekoran serangan bertubi-tubi ke atas parti berkenaan dan pemimpin utamanya Anwar Ibrahim.

Apakah kekalutan yang berlaku dalam parti itu ekoran bahana pemilihan pemimpin memberi impak buruk kepada atau sebaliknya kepada parti komponen Pakatan Rakyat itu. Kerana kalau ikutkan laporan media massa, seolah-olah PKR sudah tidak mempunyai ahli lagi. Yang tinggal hanya Azmin Ali, Saifuddin Nasution, Wan Azizah serta Nurul Izzah sahaja. Yang lain digambarkan sudah bertaubat dan kembali kepada parti asal mereka, Umno binti kebangsaan.

Jadi untuk melihat apakah rapat umum itu berjaya atau tidak saya (kami) pergi untuk melihat sendiri apa yang berlaku dalam parti itu. Jangan hanya melihat dari wall Fb ataupun dalam ruang blog yang melaporkan mengikut sentimen masing-masing. Apakah ianya mendapat sambutan dan ahli dan para penyokongnya masih mempunyai semangat berkobar-kobar.

Apa lagi notis rapat umum itu diadakan dalam masa singat, sejauh manakah ahlinya alert kepada panggilan itu. Kalau dengan notis yang singkat tetapi ahli tetap juga dapat memenuhi dewan itu bermakna PKR masih segar bugar.

Masa saya sampai di aditorium MBSA bahagian bawah sudah dipenuhi dengan orang ramai. Tiada lagi kerusi kosong kecuali ruang-ruang khas menuju ke pentas. Ruang atas juga penuh sesak. Pendek kata semua ruang dalam dewan yang boleh memuatkan 2,500 orang sendak. Majlis juga sudah bermula dengan Saifuddin memberi ucapan pembukaan sebagai Setiausaha Agung.

Sekeliling Adotorium itu terpampang gambar gandingan pemimpin PKR Selangor bersama Anwar. Belasan banner yang bergantungan menyatakan sokongan penuh kepada Anwar Ibrahim. Kata-kata tertulis di banner itu memberi sokongan padu tanpa berbelah bagi kepada Anwar sebagai pemimpin utama PKR yang juga diharap menjadi perdana menteri.

Back drop di hias dengan banner besar yang mempamerkan gambar gergasi Anwar di tengah yang diapit oleh Azmin Ali dan Khalid Samad. Di bawah gambar Anwar tertulis perkataan "Anwar Ibrahim Pengemudi Zaman". Inilah juga tema rapat umum berkenaan.

Jelas sekali apa yang terdapat dalam adotorium itu menggambarkan PKR bukan lemah tetapi semakin kuat. Semangat ahli semakin membakar. Serangan media pro kerajaan ke atas parti dan pemimpinnya tidak membekas langsung. Boleh disimpulkan serangan mengila itu memberi suntikan baru kepada ahli dan penyokong PKR untuk mengemaskan ikatan bekong mereka untuk terjun ke gelanggng perang bagi menghadapi serangan musuh.

Demikian juga tindakan mabuk khamar oleh Zaib Ibrahim yang mengumumkan akan keluar parti 16 disember depan sambil melepaskan najis di jalanan dengan memburukkan parti dan Anwar turut menjadi daya tarikan. Saya percaya mereka yang datang memenuhi aditorium itu untuk mendengar apakah ulasan pemimpin PKR terutamanya Anwar terhadap versi mabuk Zaid kali ini. Mungkin ada perbezaan mabuk Zaid semasa dalam Umno dengan mabuk Zaid selepas keluar PKR!

Anwar tidak banyak mengulas mengenai Zaid. Bau khamar tidak terhidu oleh Anwar. Seperti mana katanya tidak wajar beliau mengulas mengenai Zaid. Masih banyak perkara lain yang beliau patut beri tumpuan daripada mengulas tindakan mabuk Zaid Ibrahim. Cuma Anwar menjelaskan apa yang menyebabkan beliau terkilan dengan Zaib ialah kerana beliau memburukkan parti. "Saya tidak terkilan kalau dia mahu keluar parti, itu haknya. Saya juga tidak kisah kalau beliau memburukkan saya, tetapi jangan menyalahkan parti," ujar Anawar dalam nada yang emosi.

Setiap kali nama Zaid disebut oleh pemidato malam tadi setiap kali itu mendapat reaksi negatif daripada para hadirin. Ada yang melaungkan mabuk... dan mengalu-alukan tindakan Zaid itu dan merasa bertuah dan terselamat kerana seorang lagi pengkhianat PKR sudah pun keluar.

Himpunan malam tadi itu memberi kekuatan dan semangat baru kepada ahli dan penyokong PKR. Sekaligus ia menjelamakan keikhlasan dan kesungguhan para pemimpinnya terutamanya yang berucap; Anwar Ibrahim, Saifuddim, Khalid Ibrahim, Azmin Ali dan Syed Husin Ali.

Misalnya Azmin secara berterus terang dan penuh keinsafan memberi jaminan akan mempertahankan kedudukan Zaid sebagai menteri besar Selangor. Pengakuan Azmin itu bukan sahaja melegakan Khalid tetapi turut melegakan ahli PKR yang selama ini direshakan dengan spekulasi media aruas perdana kononya Azmin ada agenda untuk mengambil alih tempat Khalid.

Apapun yang menakjubkan malam tadi ialah ucapan Syed Husin Ali dan pengagumannya kepada Anwar Ibrahim. Malam ini saya lihat Syed Husin benar-benar memjemlakan dirinya sebagai seorang pemimpin yang sedarhana, ikhlas dan tulen.

Walaupun beliau sudah tidak lagi akan menjadi timbalan presiden selepas ini tetapi hakikat itu seolah tidak disedari oleh beliau. Beliau masih bersemangat persis dia adalah pemimpin nombor tiga. Inilah jenis pejuang sebenarnya yang berjuang bukan kerana kedudukan atau didorong oleh wang dan ringgit. Apa yang dijemla dan dipamerkan oleh Syed Husin sewajarnya dicontohi oleh ahli dan penyokong PKR dan dimalui oleh pemimpin yang lain.

Merumuskan himpunan malam tadi, bahawa kedudukan PKR masih belum tergugat. Serangan dan perang saraf yang dilakukan media tidak berjaya melumpuhkan semangat dan cita-cita PKR untuk terus mengemudikan bahtera pemeritah negara di masa depan.

Dalam memberi ingatan dan semangat kepada ahli, dalam menerima kerenah dan serangan musuh, Anwar mengingatkan ahli PKR hendaklah tidak terlalu mengambil kira serangan musuh dan tidak perlu mudah gelabah.

"Kita diserang bukans sekali, malah lebih satu dekad dulu. Sepatutnya kita sudah tidak mudah gelabah lagi," kata Anwar. Mana-mana pemimpin yang mudah cemas dan tidak mampu untuk menangkis serangan musuh, mereka hndaklah berundur dan berilah atau memberi peluang kepada yang lebih bersedia dan mampu," tegas Anwar.

Anwar juga begitu emosi dalam memberi ingatan keras kepada mana-mana pemimpin yang tidak ikhlas, tidak jujur dan tidak mempunyai keyakinan dengan pejuangan membela rakyat agar berundur untuk tidak menimbulkan masalah kepada parti.

Di akhir himpunan itu semua pemimpin membaca ikrar perjuangan bertekad untuk memperkuatkan parti dan seterusnya mengapai harapan dan cita-cita untuk menakhluki Putrajaya. [wm.kl. 1:30 am 20/11/10]
Anwar memberi ingatan kepada sesiapa yang tidak yakin dan tiak setia dengan parti silalah keluar..
Sebahagian daripada hadirin memenuhi oditorium MBSA.
Saifuddin Nasution yang menjadi nadi kepada PKR berjalan menjalankan tugas dengan baik dipuji Anwar.
Sebahagian pemimpin PKR terutamanya yang bertanding dalam pemilihan merebut jawatan berikrar mempertah dan menjawa maruah parti.

 
Kelihatan Syed Husin, (berbju putih) turut melafaz ikrar.

 
Saifuddin dan Azmin mengangkat tangan berikrar mempertahankan parti dan Anwar sekaligus.

 
Ruang atas auditorium penuh sesak dan kelihatan sebahagian daripada banner menyatakan sokongan kepada Anwar dan PKR bergantungan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan