PRK Galas:Indikasi@petunjuk jelas milik PAS

cucupakkasim
Banyak pengundi-pengundi di-Galas pagi ini sudah tidak sabar mahu turun untuk mengundi pada pilihanraya kecil DUN Galas. Kedai-kedai kopi dan gerai-gerai segera yang tumbuh kerana sama-sama ingin meraikan pesta pilihanraya kecil, pagi-pagi sebelum subuh lagi (walaupun kawan yang jaga pusat mengundi masih lagi berselimut dan tidur) sudah penuh dengan orang ramai.

Dalam lapuran terkini yang diterima, yang telah di-SMS oleh kumpulan kedua gurkah-gurkah politik di'port' yang kesana kelmarin jam 2.30 sebentar tadi, Galas tetap masih lagi akan menjadi milik PAS dengan undi yang lebih sikit daripada PRU 2008.

Indikasi atau petunjuk jelas yang dibawa oleh kumpulan kedua gurkah-gurkah politik di'port' ini bagi menyokong maklumat mereka kata Galas tetap milik PAS ialah bilamana hampir semua pemimpin-pemimpin tertinggi BN/UMNO tiada di Galas bagi memberi semangat kepada calun Aziz 'Limau' dan penyokong-penyokong serta petugas-petugas parti mereka, sebaliknya semuanya sudah hilang dan berhimpun pula di-Batu Sapi, yang tinggal hanyalah muka-muka yang dah tak laku lagi.

Kalau di kaji-kaji, memang sangat jelas yang cara BN/UMNO ini tetap sama sejak dari dulu lagi. Kalau ada orang-orang paling besar dari parti mundar mandir di kawasan pilihanraya dari pagi sampai pusat mengundi tutup, bermakna parti mereka punya harapan besar untuk menang, tetapi kalau, jangan kata bayang kalau batang hidung pun tidak nampak ... faham-faham saja lah... itu lah yang berlaku di-Galas pada masa ini. - dari blog: http://dollahyankee.blogspot.com

dollah yankee -
Bila SB polis kata PAS menang pada hari terakhir kempen ... ini bermakna memang PAS akan menang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan