Saksi akui kejar Aminulrasyid

Seorang saksi dan perbicaraan kes pembunuhan Aminulrasyid Amzah hari ini mengesahkan kenyataan yang diberikan saksi utama Azamuddin Omar kepada media berhubung kejadian pada 26 April lalu.

NONER Lokman Hakim R Daily (kiri) berkata, beliau bersama dua lagi rakannya mengejar kereta yang dipandu Aminulrasyid pada kira-kira jam 12.15 pagi.

Beliau bertindak demikian selepas kenderaan itu melanggar kereta Toyota Celica rakannya yang diparkir di tepi sebatang jalan di Seksyen 7, Shah Alam.

R Lokman Hakim berkata, beliau mengejar kenderaan itu untuk mendapatkan ganti rugi daripada pemandu kereta Proton Iswara berkenaan yang merosakkan bahagian bumper depan kenderaan Toyota Celica rakannya.

'Tidak cam penumpang'
Bercakap ketika disoal oleh timbalan pendakwa rakya Mohd Dusuki Mokhtar, R Lokman Hakim juga berkata beliau mengejar kenderaan itu melalui Seksyen 7, 8 serta 9, sehinggalah di Persiaran Datuk Menteri.

Menurut R Lokman Hakim lagi, kenderaan Proton Iswara berkenaan berada sejauh kira-kira 2 kilometer ketika mereka mula-mula mengejarnya.

NONE
Kenderaan itu kemudiannya mula dipandu laju apabila pemandunya menyedari bahawa kenderaan itu diekori, katanya lagi.

Tambahnya, beliau menganggarkan kereta yang melanggar kesemua "lima atau enam" lampu isyarat merah yang dilalui itu dipandu selaju kira-kira 100kmj.

Di Persiaran Datuk Menteri, kenderaan itu bergerak semakin perlahan kerana menaiki kawasan berbukit dan beliau cuba memintas kenderaan tersebut untuk melihat wajah pemandunya, katanya.
Bagaimanapun, beliau terjatuh di ruang di antara kenderaan Proton Iswara dan pembahagi jalan.

R Lokman Hakim berkata, pemandu itu merupakan seorang lelaki, dianggarkan berusia sekitar 17 tahun.

Katanya lagi, beliau hanya melihat seorang penumpang di dalam kenderaan berkenaan dan menambah, beliau tidak dapat mengecam lelaki tersebut.

-malaysiakini-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan