Salahuddin, Khir Dan Harus

Zolkharnain Abidin
Bukan tarikh sahaja yang pelik, sambutannya pun pelik. Kerja siapakah ini?Kita sedang menunggu bagaimana jawapan menteri yang menjaga agama mengenai usul ini jika usul ini diterima untuk dibahas. Menjadi harapan umat Islam Malaysia agar usul ini tidak ditolak.

Menurut ulama, rukyah hilal adalah fardhu kifayah, Justeru, tidakkah kita merasa cukup dengan rukyah yang dilakukan oleh Kerajaan Arab Saudi, khususnya mengenai penetapan awal Zulhijjah supaya tarikh sambutan Idil Adha di negara kita serentak dengan sambutan di Arab Saudi?

Ini sangat penting sebab melibatkan puasa sunat Arafah dan ibadah qurban. Sampai bila kita ingin melihat sebahagian umat Islam yang bertindak sendiri menyambut Idil Adha lebih awal sehari daripada sambutan yang diisytiharkan oleh kerajaan?

Adakah mereka boleh dipersalahkah sedangkan perkara itu sangat mudah untuk dielak. Jika minoriti umat Islam Thailand boleh merayakan Idil Adha serentak dengan Arab Saudi, mengapa tidak kita?

Secara lojiknya, pada zaman dahulu memang setiap tempat perlu melakukan rukyah di tempat masing-masing untuk menentukan awal bulan Islam khususnya Ramadhan sebab kaedah menyampaikan maklumat adalah sukar.

Dengan teknoloji kini, adakah sukar untuk kita mengikut sahaja ketetapan Arab Saudi dalam suasana kaedah penyampaian maklumat adalah sangat pantas?
Nampaknya negara kita memang serba pelik. Bukan sekadar tarikh sambutan Idil Adha sahaja yang pelik, sambutannya pun pelik.

Ini kerja siapa? Menyatukan sambutan Idil Adha dengan Deepavali? Jika ini kerja orang Islam, adakah perkara ini pernah dirujuk kepada Mufti?

Menyamakan Idil Adha dengan Deepavali adalah sesuatu yang sangat menjolok mata. Lebih menjolok mata lagi apabila majlis ini diserikan dengan tarian ala-ala tarian Hindu dan majlis berkenaan dihadiri pula oleh isteri Perdana Menteri.

Kehadirannya pula, 'loncoih' seperti yang dapat dilihat dalam foto di atas. Inilah sudahnya apabila urusan ini diserah kepada mereka yang bukan ahli.

Kita sedang menunggu dengan sabar apa kata Jamil Khir dan Harussani. Adakah amalan ini adalah 'Khir' (baik) dan 'Harus' (boleh)?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan