Sebelum Najib Serang Kelantan, Jawab Pahang Dan Serawak Dulu.

Al-Bakistani
1 disember 2010 ini, dikhabarkan akan berlaku mesyuarat majlis tanah negara yang dihadiri oleh semua menteri besar di semua negeri-negeri di Malaysia. Turut hadir, beberapa orang menteri kabinet. Menteri sumber asli dan Alam Sekitar, Douglas Uggah Embas adalah menteri yang wajib hadir. Mesyuarat tersebut, dipengerusikan oleh PM, najib Tun Razak.

Dalam mesyuarat tersebut, akan dibangkitkan berkenaan pengurusan hutan di Malaysia. Dalam mesyuarat tersebut, didakwa akan berlaku satu serangan dahsyat terhadap pengurusan hutan di Kelantan.


Antara serangan yang berkemungkinan dibangkitkan adalah;

Pertama: kenapa kelantan didakwa menebang balak terlalu banyak?

Kedua: Kenapa Kelantan tidak ikut dasar Barisan Nasional tentang perhutanan?

Dua soalan ini bakal menjadi serangan dahsyat terhadap wakil kerajaan negeri kelantan dalam mesyuarat pada 1 disember ini. Tidak cukup sekadar itu, ia akan dijadikan sebagai isu media untuk membina persepsi rakyat terhadap kerajaan PAS pimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Walaubagaimana pun, sebelum najib hendak menyerang kelantan, Najib kena jawab dua soalan ini dahulu, iaitu;

Pertama:
Pengeluaran balak yang terlalu tinggi berlaku di bukit Tinggi, Pahang. Keadaan ini berlaku sejak Najib menjadi MB Pahang lagi sehingga kini, malahan ia berada dibawah pengetahuan Najib.

Kedua:
Mengikut dasar kerajaan Barisan nasional, tidak boleh dilakukan tanaman sawit dalam hutan simpan. Tetapi, kenapa di sarawak ada hutan simpan yang ditanam sawit?

Banyak lagi soalan yang perlu najib jawab, tapi kita menunggu serangan najib terhadap kelantan dulu.

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani

Tiada ulasan:

Catat Ulasan