Undi pos: Pemuda PAS masih percaya demo

Dewan Pemuda PAS masih berpendapat, demonstrasi masih merupakan jalan yang berkesan bagi menyampaikan tuntutan terhadap pilihan raya yang bersih dan adil.
NONEKetua penerangannya Suhaizan Kaiat berkata, walaupun kempen baru NGO - dinamakan BERSIH 2.0 - tidak berhasrat menggerakkan rakyat ke jalan raya seperti sebelum ini, parti politik boleh mengambil alih peranan itu.

"Kalau tuntutan tidak ada hasil, apa penyelesaian? 

"Kita turun ke jalan raya kembalilah," katanya sambil menyifatkan pendekatan baru BERSIH 2.0 dan peranan parti politik bergerak seiring.

Suhaizan yang juga pengerusi jawatankuasa undi pos Pemuda PAS berkata, pihaknya menghormati kaedah baru BERSIH 2.0 bawah pimpinan pengerusi sekarang Datuk Ambiga Sreenevasan.
bersih 2 launching 101110 big"Kita ada cara kita, Ambiga ada caranya dia. (Persoalan tentang) cara mana yang betul, itu subjektif," kata Suhaizan.

Pada 9 Julai lalu, BERSIH 2.0 kembali semula selepas dua tahun melakukan pembersihan dirinya daripada parti politik, dengan ikrar untuk tidak lagi turun ke jalanan untuk mencapai matlamatnya.

Ambiga Sreenevasan mengisytiharkan BERSIH 2.0 sebagai murni apolitis, tidak berniat menganjur demonstrasi besar seperti sebelumnya, sebaliknya mahu memfokus pada pendidikan awam.
NONEKempen BERSIH yang pada mulanya turut digerakkan parti politik pembangkang terkenal kerana penganjuran demonstrasi besar melibatkan 40,000 orang di Kuala Lumpur bagi menyampaikan tuntutan mereka kepada Yang di-Pertuan Agong.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Suhaizan bagaimanapun berkata, jika SPR berminat mendapatkan pandangan Pemuda PAS, mereka bersedia menemui pengarahnya Tan Sri Abdul Aziz Yusuf.

Pertemuan itu, katanya, sudah pasti digunakan bagi 'menuntut janji' Abdul Aziz bagi melakukan penambahbaikan sistem undi pos yang selama ini dianggap pembangkang sebagai "deposit tetap" BN.

-malaysiakini-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan