Ustaz Azizan Buat Silap !!! Sepatutnya Lempar Saja Kerusi Kat Wartawan TV1 Tu

Image Hosted by ImageShack.usBukan kah sudah diketahui secara jelas, bukan hari ini saja, tetapi semenjak lebih 50 tahun dahulu lagi iaitu misi, visi dan objektif semua wartawan dan jurugambar media arus perdana ialah untuk melanyak musuh politik pemerintah, iaitu UMNO.

Adalah suatu kesilapan besar sekiranya ada mana–mana pemimpin Pakatan Rakyat hari ini sekiranya masih ada yang berbaik sangka dengan mereka ini. Dalam kejadian terbaru, adalah suatu yang mendukacitakan sekiranya ruang liputan yang dibuat di Kedah, iaitu yang melibatkan gerak kerja kerajaan Kedah dalam isu liputan media mengenai banjir dan bantuan kepada mangsa banjir, tidak dipolitikkan. Sudah menjadi rukun dan wajib bagi pemberita, wartawan dan jurugambar ini membuat fitnah di mana yang difikirkan sesuai dan menguntungkan UMNO.

Jadi adalah patut  sekiranya laporan ini yang bertajuk "MB Kedah berang laporan media", ini kerana sejak dari sebelum merdeka dan selepas 50 tahun merdeka, itu lah ‘assignment’ wajib yang menjadi rutin kerja harian mereka.

Dan seterusnya, dengan sumber pendapatan haram ini lah digunakan untuk membesar anak, bini dan keluarga mereka.

Dan kalau ada juga laporan menyebut "Kerajaan Kedah diminta tarik kembali larangan liputan media", makaa ia bukan lah suatu yang pelik, malah sangat lah afdal, kerana tindakan ini telah sedikit sebanyak menutup lubang–lubang fitnah yang sangat digemari oleh mereka yang tersebut di atas tadi.

Catatan
Petang tadi, entah macam mana silapnya, kerana sebelum ini tak pernah malah jarang–jarang menonton TV1, apatah lagi melalui slot Berita Wilayah, apa yang ditunjukkan ialah sikap marah MB Kedah ke atas wartawan media perdana, khususnya TV1 dan RTM, dengan tujuan dan nawaitu yang cukup jelas ialah untuk memburuk–burukkan peribadi MB dan juga kerajaan Kedah, moga-moga PRU 13 nanti UMNO akan menang selesa.

Cuma, kadang–kadang terfikir jugak, apalah bodohnya MB Kedah ini dengan melayan soalan bengong  wartawan RTM tersebut. Ini kerana secara jelas motif dan arahan kerja dari Kuala Lumpur ialah mencari berita dengan tujuan untuk menipu dan berbohong.

Rasa–rasanya ada baiknya Ustaz Azizan melempar kerusi saja ke muka wartawan dan pemberita serta jurugambar RTM tersebut, daripada melayan dan menjawab soalan cepu emas yang sudah disediakan oleh pemimpin-pemimpin UMNO.  Padan muka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan