Zaid belum keluar PKR



Datuk Zaid Ibrahim menjadi berita besar hari ini apabila dilaporkan sudah meninggalkan PKR.

Zaid sebenarnya hanya mengatakan sedia meninggalkan PKR, seperti dilaporkan laman Free Malaysia Today.

Seperti laporan tentang menubuhkan PKR baharu, Zaid hanya menyatakan kesediaan untuk melakukan tindakan itu sekiranya keluar atau dipecat daripada parti.

Pilihan untuk Zaid sekiranya keluar daripada PKR agak terhad, dan kemungkinan besar tidak lebih baik berbanding dalam PKR kerana beliau masih mempunyai ramai penyokong dalam parti yang paling mampu menjadi sebuah parti yang membawa perjuangan liberal di Malaysia.

Walau bagaimanapun, berdasarkan apa yang telah dilakukan oleh Zaid, segala pilihan berkemungkinan dipilih tokoh yang bersifat maverick ini.

Berdasarkan ideologinya, Zaid mempunyai peluang lebih cerah bersama PKR, walaupun masa yang diperlukan lebih panjang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan