Barang naik..? Kita kasi mereka turun!

cucupakkasim
Pada malam tahun baru nanti 31.12.2010, pada jam 12.01 tengah malam selepas kita penat sambut tahun baru dengan mercun dan bunga api, kita pun akan cari kedai minum untuk minum-minum dan kita akan sambut tahun baru 2011 dengan harga baru untuk segelas teh dan kopi bila harga bahan utama untuk membuat minuman itu iaitu susu, akan naik sebanyak 30 sen lagi selepas kenaikan sebanyak dua kali iaitu pada April dan Oktober.

Kah..Kah..Kah..

Spekulasi tentang kenaikan harga susu sejat dan susu krim akan naik diantara 20 sen- 30 sen bermula pada 1 Januari 2011, memang sudah tidak dapat dinafikan lagi.

Tidak dapat tidak, pemilik-pemilik dan peniaga-peniaga kedai kopi sudah pasti tidak akan duduk diam dan tidak hanya melihat akan kenaikan harga susu ini, sudah pasti lah mereka sedang berbincang untuk satu PENYELARASAN @ KASI NAIK HARGA untuk segelas kopi atau teh yang bakal kita minum nanti.

Bila kita tanya kenapa perlu naikan harga susu ini? mereka akan jawab yang ini adalah reaksi berantai berikutan dengan kenaikan harga lain-lain barang.

Seorang gurkah politik di'port' yang kini sedang bercuti di Serawak berkata tokey-tokey kedai kopi disana sedang rancak bercakap yang harga baru untuk segelas teh atau kopi besar kemungkinan akan bertambah sebanyak 50 sen.

Kah..Kah..Kah.. -dari blog: http://dollahyankee.blogspot.com

dollah yankee -
sementara itu sudah 2 minggu minyak nyok @ minyak kelapa @ minyak masak dalam pakej 1 kg sudah tidak ada dipasaran, apakah mereka juga sedang berkira-kira mahu naikan harga minyak masak?? sama-sama lah kita tunggu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan