Cerita rogol perkara serius

Syed Imran
Seorang hamba Allah bertanya saya mengenai cerita kononnya seorang menteri merogol pembantu rumahnya. Pembantu itu dikatakan telah dihantar pulang ke Indonesia setelah dibayar ganjaran sewajarnya.
Jawapan saya ringkas. Saya tidak tahu apa yang berlaku dalam bilik tidur seseorang atau di mana sekalipun. Kita harus sedar bahawa cerita berkenaan disebar luas dalam alam maya. Ia tidak semestinya betul dan kita sendiri tidak tahu akan kebenarannya melainkan kita sendiri melihatnya.

Rogol bukan perkara kecil. Ia satu kesalahan yang jika disabitkan, akan dikenakan hukuman berat di bawah Kanun Keseksaan.

Jika cerita itu tidak benar, maka sesiapa yang menyebarnya melakukan fitnah. Hukuman fitnah dari sudut Islam adalah sama beratnya seperti hukum berzina.

Oleh itu, berhati-hatilah dalam memperkatakan sesuatu yang seberat rogol kerana jika ianya tidak berlaku, kita sebenarnya menyebar fitnah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan