Kepada Sdra. Arman Azha Abu Hanifah, yang berlagak 'Wira' hanya kerna menjawat jawatan Ketua Wira dalam pertubuhan Perkasa, sila sambut cabaran ini.
Saya mencabar saudara untuk menganjurkan debat terbuka dengan pemimpin atau wakil Parti Keadilan Rakyat.
Tajuk Perdebatan:
"Konsep Ketuanan Melayu Yang Digendang Oleh Umno Telah Banyak Membantu Bangsa Melayu, Sebarang Usaha Menghapuskan Konsep Tersebut Adalah Pengkhianat Bangsa Melayu"
Debat tersebut mestilah terdiri daripada sekurang-kurangnya 3 orang wakil daripada Pertubuhan saudara dan 3 orang wakil daripada Parti Keadilan Rakyat.
Pengadilan perdebatan mestilah dilakukan oleh seluruh rakyat Malaysia dengan kaedah acara tersebut dipancarkan secara langsung oleh semua saluran RTM dan TV3.
Semua Raja-Raja dan Sultan Melayu dinasihatkan untuk menonton siaran langsung tersebut.
-tko-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan