Disebalik saman YAM Siti Aisyah, bekas Permaisuri Agong

setisab
Apa pula hubungan gadis cun
ini dengan Uncle Seekers?Bekas pelajar Uitm yang telah bernikah dengan bekas Sultan Selangor, Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Ibni Al-Marhum Sultan Sir Hisamuddin Alam Shah dan pernah menjadi Permaisuri Agong yang ke-11 (26 April 1999 - 21 November 2001). ~ Siti Aisyah Abdul Rahman telah menarik perhatian umum lantaran pendedahan yang dibuat oleh pakar pengkaji 'Paranormal', Syed Abdullah Syed Hussien Al-Attas atau lebih dikenal dengan Uncle Seekers.

Justeru pendedahan demi pendedahan yang dilakukan oleh Uncle Seekers, bekas permaisuri itu telah menfailkan saman yang menghalang Syed Abdullah daripada terus melakukan pendedahan tersebut.
Mendepani saman tersebut, Uncle Seekers akan diwakili oleh sekurang-kurangnya 5 pengamal undang-undang diketuai oleh Sdra. Wan Azmir.

Ramai yang menerima faham tindakan Uncle Seekers melalui blognya adalah kerna cintanya tidak berbalas!

Sebagai membetulkan kefahaman umum terhadap isu ini, ingin saya nyatakan bahawa ianya tiada kaitan dengan soal percintaan. Tiada hubungan cinta antara Uncle Seekers dan Siti Aisyah. Walau bagaimanapun pendedahan itu telah mengundang perdebatan umum.

Kalau bukan kerna cinta, apakah cek ini penyebab kepada pendedahan tersebut?... Saya tidak dapat dedahkan buat masa ini. InsyaAllah, satu ketika nanti, jika ianya benar-benar perlu...!!!

Sahabat pembaca yang budiman, sebenarnya bukan soal cinta atau hal berkaitan cek yang ingin saya titipkan, tetapi.... "Jika sudah bergelar YAM Permaisuri, tolonglah jaga kelaku agar ianya tidak menjadi bahan lawak dan jenaka umum". Jangan diikut perangai sesetengah raja dan sultan yang kononnya payung kesejahteraan rakyat, tetapi sebaleknya menjadi beban rakyat dan daki dunia!!!
-tko-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan