Gobala Dan Chegu Bard Angkat Kaki lah Apa Lagi

 faceoff
Semacam dalam PKR ni hanya Gobala dengan Chegu Bard sahaja yang berjuang dalam PKR. Satu dunia dah tau publisiti yang dua orang kuat PKR ni kalah pada pemilihan PKR hari tu. Anda berdua sepatutnya bersyukur Anwar sendiri telah berjumpa anda dan memberi kata dua samaada untuk bersama berjuang dalam PKR atau keluar. Nampak sangat apa yang timbul dalam benak hati perut dua pahlawan PKR ini setelah kalah dalam pemilihan tempohari.

Bukan korang sahaja yang kalah , beberapa lagi orang kanan DS Anwar yang kalah tempohari tak pula meracau macam anda berdua.

Sendiri sepatutnya sudah matang bukannya macam budak-budak merengek bila tak dapat jawatan bila kalah. Korang juga yang setuju corak pemilihan yang korang reka sendiri bila dah kalah meracau.Korang sepatutnya sedar diri dan bukan nya pentingkan diri serupa macam perangai umno dan gerombolan.

Kalau rasa dah bosan dengan PKR silalah keluar dan jangan lah nak belit-belit ayat .  Korang pon bukan nya bagus sangat. maaf cakap lah.

Zaid pon tengah tunggu tu.. tak payah nak bermuka-muka
MP Gobi: Kecam Anwar, Azmin tidak bermakna saya akan keluar PKR
IsuAutonomi : Sokong Azmin tetapi ia harus bermula dari dalam parti

1 ulasan:

  1. Begitulah orang politik jika jawatan lebih diutamakan. Chegu Bard serta Gobala harus menerima kenyataan yang mereka telah tewas. Jadilah anak jantan. Jangan jadi budak hingusan, apabila tewas, merajuk dan membuat tuduhan melulu dengan membuat kenyataan membabi buta secara negatif. Ini akan memburukkan lagi suasana dan keadaan dalam PKR. Kalah dan menang sudah menjadi adat dalam pertandingan.

    Jangan jadi seperti makhluk perosak seperti mana dalam Umno. Sepatutnya yang tewas membantu yang menang untuk meneruskan agenda parti. Bukan membuat kenyataan yang boleh membuat rakyat keliru dan bertambah meluap terhadap beliau.

    Dimanakah prinsip che gu Bard dan Gobala yang sama-sama berjuang semenjak zaman reformasi untuk menegakkan kebenaran dan kezaliman?
    Rupanya jawatan yang mereka kejar. Janganlah musnahkan harapan rakyat untuk sama-sama ke Putrajaya hanya disebabkan tewas dalam pemilihan parti.

    BalasPadam