Ibu saudara, dua beradik ghaib

NUR FAZHILLAH dan adiknya, Mohd, Fazil yang tidak pulang ke rumah sejak Ahad lalu

KUALA LUMPURP: Duaberadik berusia tiga dan empat tahun hilang bersama ibu saudara mereka selepas keluar bersiar-siar dari rumah mereka di Taman Sri Batu Caves, Gombak di sini pada Ahad lalu.
Sebelum hilang, wanita yang berusia 20-an dan berasal dari Aceh, Indonesia itu dikatakan telah meminta kebenaran daripada ibu bapa kanak-kanak terbabit untuk membawa dua beradik itu bersiar-siar.
Namun, sejak keluar pada petang Ahad lalu, dua beradik itu dan ibu saudara mereka tidak pulang.
Berikutan itu, ibu bapa kepada dua kanak-kanak itu yang bimbang dengan keselamatan anak-anak mereka membuat laporan polis pada keesokan harinya.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, siasatan polis yakin kedua-dua beradik, Nur Fazhillah, 4, manakala adik lelakinya, Mohd. Fazil, 3, itu masih bersama ibu saudara mereka.
"Wanita itu datang ke negara ini dan tinggal bersama keluarga kanak-kanak itu sejak lima bulan lalu.
"Wanita itu didakwa meninggalkan sekeping nota meminta maaf kepada ibu bapa pasangan adik-beradik tersebut," kata beliau ketika dihubungi semalam.
-kosmo-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan