Lelaki tidak mengaku salah cederakan isteri ketika lakukan seks


TENGKU SHAIFUL NIZAM (kanan) tidak mengaku bersalah atas tuduhan menyebabkan kecederaan isterinya di Mahkamah Majistret Melaka semalam.

MELAKA: Seorang lelaki tidak mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap isterinya ketika mengadakan persetubuhan dua tahun lalu.

Tertuduh Tengku Shaiful Nizam Tengku Abd. Jalal, 30, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh seorang jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Muhammad Hazri Hanafi.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menyebabkan kecederaan ketika persetubuhan dengan isterinya yang berumur 29 tahun di sebuah rumah di Jalan Melaka 2/3 Taman Melaka Baru pada pukul 5 pagi, 3 Jun 2008.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 375 A Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan tertuduh boleh dipenjara selama lima tahun.
-kosmo-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan