Lelaki mati kena tetak di kepala

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki dipercayai penagih dadah ditemui mati dengan kesan tetakan di bahagian kepala di sebuah rumah kosong di Bukit Darah, Sungai Buloh di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed berkata, mayat lelaki berumur 36 tahun itu ditemui mati oleh seorang rakannya yang melihat lelaki itu dalam keadaan terbaring di dalam bilik di rumah berkenaan pada kira-kira pukul 7.45 malam.

"Kami percaya berlaku satu pergaduhan sebelum dia dibunuh. Tiada senjata ditemui di rumah itu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian semalam.

Katanya, mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat, dan kes sedang disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
-Bernama-

1 ulasan:

  1. KONSERT WALI BAND DI STADIUM SULTAN MUHAMMAD IV DIBATALKAN PADA SAAT-SAAT AKHIR!!!
    INI DISEBABKAN DESAKAN BANTAHAN KUAT DARI RAKYAT YANG MELIHAT ADALAH TIDAK PRAKTIKAL DIBUAT KONSERT BERMUZIK DI MANA BERLANGSUNG PADA MALAM SAMBUTAN TAHUN BARU DI MANA SELURUH DUNIA MENARI DAN BERDANSA MENGIKUT ALUNAN MUZIK MENYAMBUT TAHUN BARU MASIHI 2011

    TOK GURU ARAHKAN DIBUAT SOLAT HAJAT PERDANA DI STADIUM SULTAN MUHAMMAD IV
    TARIKH:31 DISEMBER, JAM 9 MALAM
    PROGRAM: SOLAT HAJAT PERDANA
    WAKTU: SELEPAS ISYA,JAM 9 MALAM
    LOKASI:STADIUM SULTAN MUHAMMAD IV

    SEMUA DIJEMPUT HADIR!!!

    BalasPadam