Mufti Kelantan dimasukkan ke hospital

KOTA BAHARU 15 Dis: Mufti Kerajaan Kelantan, Datuk Mohd Shukri Mohamad kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II kerana menghidap penyakit radang usus sejak Khamis lepas.

Keadaan beliau dilaporkan bertambah baik.

Ketika ditemui di hospital itu hari ini, Mohd Shukri berkata, beliau selamat menjalani pembedahan di bahagian usus pada 12 Disember lepas.

Katanya, beliau tiba-tiba mengalami radang usus itu selepas pulang daripada bercuti bersama keluarga di Cameron Highlands. 
-Bernama-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan