Peminat bolasepak menyampah dengan Rosmah

Ustaz SaifulBahri
Selepas kuliah Surau Felda Kerteh sempat pekena teh tarik dengan nasi goreng. Sementara menunggu makanan siap dengar le pelanggan dok borak-borak. Ramai yang duduk cakna ke screen besar tepi kedai makan tu. Penulis bertanya: Bola! Sapa lawan? Ada pakcik menjawab: Mat Salleh.. Cakap omputeh! Tak faham. Penulis menyampuk: Ooo Liga Inggeris kot? Kelab Chelsea tu.. baju biru lawan sapa baju putih tu. Hish! Malaysia le tu

 Pakai baju biru lawan Vietnam yang pakai putih tu. Piala Suzuki. Sampuk seorang sahabat. Habis yang cakap omputeh tu pehal? Tanya pakcik tadi? Mana RTM. "Astro boh! RTM benggong dok tayang budak tadika Permata. Nak tengok bola pun tak boleh. Gi tayang cerita Rosmah berkonsert.. wat siaran langsung.." sampuk seorang anak muda. Peminat bolasepak tegar ni kot. Penulis senyum je…

Memang betul. RTM dengan menterinya terpaksa membodek bini PM yang mengadakan konsert bebudak Permatanya dengan disiarkan secara langsung. Pada masa sama bolasepak antara Malaysia dan Vietnam juga berlangsung. RTM terpaksa korbankan peminat beribu bola sepak demi menjaga hati Rosmah, bini PM sorang tu. Yelah! Pilihanraya dah dokat… kang den kat Jolobu.. tak naik calon kang!! Kesihan budak-budak tu… anaaakkkk Yatim. Si Rais nak jadi Menteri RTM sepenggal je ke?

KUALA LUMPUR: Konsert PERMATA Seni bertema 'Menggilap Bakat Muda, Menyerlah Rentak Bangsa', yang sertai 150 kanak-kanak mendapat pujian Datuk Seri Najib Razak yang meluangkan masa hampir 90 minit menyaksikan konsert itu di Panggung Sari, Istana Budaya semalam. PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang juga Penaung PERMATA Seni hadir bergambar bersama 150 kanak-kanak yang menjayakan persembahan sempena Konsert PERMATA Seni, di Panggung Sari Istana Budaya. Turut hadir Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim.

“Usaha pementasan ini sangat memberangsangkan kerana mendedahkan proses bersosial yang baik kepada pembelajaran awal kanak-kanak dan merapatkan jurang komunikasi, sekali gus mewujudkan persefahaman antara kaum,” kata PM pada sidang media selepas menyaksikan raptai penuh konsert.

Program melibatkan tiga segmen. Tarian dipersembahkan ialah tarian Ketam Bangkang, Zapin Hujung Madini, Tanglung, Etnik Borneo dan Masyarakat India. Tarian ini digarap khas untuk Permata Seni Tari. “Permata Seni Koir menampilkan lima seleksi lagu koir seperti Buih Sabun, Kain Pelekat, Tepuk Amai-amai, One Song dan When The Saints Go Marching In. Persembahan ini dibimbing pengarah vokal, Syafinaz Selamat. “Persembahan Permata Seni Muzik pula merangkumi empat susunan lagu iaitu Bach: Concerto For 2 Violins, Vivaldi: Concerto For 4 Violins, piano solo klasikal dan electone secara medley lagu-lagu Malaysia.

Perdana Menteri dalam ucapan ringkasnya, berkata persembahan konsert PERMATA Seni cukup hebat dan beliau percaya mereka yang menonton program itu secara langsung di televisyen terpesona dengan persembahan itu. “Sesungguhnya program itu satu pelaburan pembangunan modal insan jangka panjang negara, khususnya dalam bidang koir, muzik dan tari. “Sejajar dengan RMKe-10 yang mensasarkan pembangunan masyarakat cemerlang, program PERMATA Seni ini akan terus menjadi sebahagian program utama negara, ” katanya.

RTM Siar Secara Langsung Konsert Permata Seni pada malam Rabu buat julung kalinya, Konsert Permata Seni diilhamkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya. Tiket pula diberi percuma kepada orang ramai.

Punyalah benggang peminat bolasepak Malaysia terhadap Rosmah. Tapi bawak bersabar le.. Bukan rakyat Malaysia tak tahu. Rosmah bukannya minat bola-bola ni.. bini PM ni lebih berminat bab-bab seni, yanyian, artis, hollywood.. bollywood. Suami pulak lebih berminat lulus lesen judi bola berbanding sukan bola itu sendiri.

Tapi... Rosmah ingin rakyat tahu dan tengok. Tengoklah pengisian dan tarbiyyah beliau bagi melahirkan generasi hebat anak-anak tadika di Permata tu. Kini Permata Seni. Mungkin inilah agenda dalam melahirkan kepimpinan generasi anak-anak di masa mendatang. Melahirkan generasi berilmu, beriman & berakhlak. Generasi ulama’ ulul albab? Jangan jadi belebab (kuih Terengganu) sudah le!
http://ustsaifulbahri.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan