SALWA SHA’ARI
SHAH ALAM: Seorang pengawal keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini Jumaat, atas lima pertuduhan melibatkan kesalahan jenayah seksual terhadap anak tirinya.
Lelaki berusia 44 tahun itu bagaimanapun, mengaku tidak bersalah untuk semua pertuduhan.
Tertuduh didakwa atas tiga pertuduhan melakukan seks di luar tabii iaitu dengan memasukkan jari ke dalam kemaluan mangsa yang berusia sembilan tahun pada tiga kejadian yang berbeza.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Batu 7, Gombak, dekat sini pada antara 10 pagi dan 8 malam,5 Disember lalu.
Tertuduh juga didakwa melakukan seks oral terhadap mangsa di tempat dan masa yang sama.
Selain itu, dia juga didakwa melakukan seks di luar tabii terhadap seorang lagi anak tirinya, yang berusia 12 tahun di tempat yang sama, pada pukul 4 petang, 25 November lalu.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 377(c) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob membenarkan permohonan pihak pendakwaan yang tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh dan menetapkan 10 Januari depan sebagai sebutan semula kes Pendakwaan dikendalikan Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya Wan Noora Nisa Ngadiri dan Salwa Asmary Abdul Rahim.
-mstar-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan