Piala Dunia: FIFA pilih Russia 2018, Qatar 2022

BLATTER ketika mengumumkan Russia menjadi pilihan untuk menganjur Piala Dunia 2018 sebelum mengisytihar 2022 milik Qatar. - REUTERS
BLATTER ketika mengumumkan Russia menjadi pilihan untuk menganjur Piala Dunia 2018 sebelum mengisytihar 2022 milik Qatar. - REUTERS

ZURICH: Russia dan Qatar masing-masing dipilih menjadi tuan rumah pusingan akhir Piala Dunia 2018 dan 2022 dalam keputusan yang diumumkan Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Sepp Blatter, semalam.

Ia menyusul selepas proses bidaan membabitkan 11 negara yang dijangka memberikan rangsangan ekonomi besar buat negara yang terpilih.

Qatar membawa Piala Dunia ke tuan rumah paling kecil tetapi mempunyai sumber kewangan tidak terbatas untuk menganjurkan kejohanan sukan terbesar dunia.

Ia berjaya mengatasi keraguan mengenai menganjurkan perlawanan di tengah panas padang pasir dan meminta FIFA untuk mengambil langkah berani.

Blatter berkata kita menuju ke tanah baru. Piala Dunia belum pernah berkunjung ke Russia dan Eropah Timur dan Asia Barat serta dunia Arab yang menanti untuk sekian lama, maka saya presiden paling gembira kerana kami bercakap mengenai pembangunan bola sepak.

Timbalan Perdana Menteri Russia, Igor Shuvalov, yang delegasinya menjerit kegembiraan dengan pengumuman itu, berkata: Anda sudah amanahkan kami dengan Piala Dunia FIFA 2018 dan saya boleh berjanji, kami semua berjanji, anda tidak akan menyesal. Mari bersama-sama kita mencipta sejarah.

Ketua bida Qatar, Sheikh Mohammed Hamad Al-Thani berkata: Terima kasih kerana menyokong kami dan mengembang permainan ini. Anda boleh berbangga dengan kami dan anda akan berbangga dengan Asia Barat. 
-Agensi-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan