Selangor: Najib merampas kuasa pakatan rakyat

mohdnoorawang
Negeri Selangor bakal menerima arus tsunami politik yang direkacipta oleh Umno dibawah pimpinan perdana menteri Malaysia Datuk Najib Razak. Langkah pertama melantik Khursin Munawi bekas Pengarah JAIS sebagai Setiasaha Kerajaan Negeri Selangor. Perlantikan Khursin tidak dimaklum dan dibincang bersama Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim serta Exco negeri. Jelas Najib dan kerajaan Persekutuan BN/UMNO ''MENCULIK DAN MERAMPAS" jawatan tersebut.

Dikuathiri akan berlaku satu rampas kuasa secara kudeta seperti apa yang berlaku di Negeri Perak. Untuk rekod Negeri Perak dirampas kuasa dari Pakatan Rakyat melalui tangan SUK Negeri Perak serta direstui oleh  kerjaan Persekutuan dibawah kuasa Najib Razak. Dengan campur tangan Najib dan mengunakan mahkamah.


Menjadi tradisi jawatan setiausaha kerajaan negeri sewajarnya mendapat persetujuan menteri besar dan exco sebelum dimaklunkam kepada pehakyang berkenaan.

Rakyat Negeri Selangor telah memberi andat kepada kerajaan pakatan rakyat. Jelas kerajaan BN/UMNO  dilihat sebagai usaha jahat dan ada agenda yang bakal dilakunkan di Negeri Selangor.

Satu cabaran yang berat kepada Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar Selangor serta kerjaan Pakatan Rakyat. Mungkin berlaku satu agenda merampas Negeri Selangor pada PRU13.

Kedua cukup anih Ketua Setiausaha Negara memaklumkan bahawa kerajaan Pusat dapat perkenan Istana Selangor, sedangkan menjadi amalan negeri  segala urusan dengan istana adalah hak negeri. Malah tidak ada hormati jawatan Menteri Besar.

1 ulasan:

  1. Biarkan BN buat macam tu, biar Khusrin buat macam2 controversi di puncak kekuasaan negeri selangor yang diarah ketua ketua BN.... Lagi senanglah Pakatan Rakyat mengekalkan kuasa di selangor dan ambil alih putrajaya...kerana terbukti BN rakus dgn cara KUKU BESI BERANI BODOH...InSyaAllah lebih ramai rakyat akan sedar untuk membuat perubahan terbesar. Fikir Positif, Buat Positif...InsyaAllah akan memberi kesan positif kepada Pakatan Rakyat.

    BalasPadam