Selesai pemilihan PKR, tukang karut beralih arah


Assalamualaikum, Selawat dan Salam untuk Junjungan.

Mahadir dengan sokongan Mat Said muncul di Kemaman untuk menghentam DSAI sebagai pengkianat, sebagai perosak bangsa melayu dan mungkin secara tersirat sebagai peliwat.

Kehadiran Mahadir di dewan Berlian Majlis Perbandaran Kemaman (mungkin dibiayai oleh dana rakyat) di ambang pemilihan PKR dan ketika itu jugalah TV3 suku dan kuncu kuncu UMNO yang lain termasuk beberapa tukang karut di dunia siber memutarkan lagu lagu dikir karut mengenai kepincangan dan penyelewengan yang berlaku dalam PKR. Sikap terburu-buru dan tidak sabar dalam perjuangan yang ditunjukkan oleh Zaid Ibrahim dimanupulasi sepenuhnya oleh tukang karut ini bagi menunjukkan betapa kejinya "peminat Anwar Ibrahim" yang gilakan jawatan. Lagu dikir yang paling enak ialah ketika DSWA menyebut bahawa suaminya adalah anugerah ALLAH kepada Malaysia di perhimpunan agung PKR. 

Ketika inilah munculnya tukang karut yang paling berkarisma menyanyikan lagu  dikir mereka. Tidak juga terlepas menjadi tukang karut ialah Ezam dan Mahyuddin. Tetapi paling menarik apabila mendengar lagu lagu dikir ini direkodkan di alam siber termasuk di TKO. Sehingga DSAI dinyanyikan dengan lenggok longlai Halim Yazid si tupai kudung ekor sambil dituduh mempunyai hubungan dengan Aminah wadud, fikrah agama yang bercelaru serta TGNA dituduh dipengaruhi oleh Erdogan ketika menegur Cikgu Pa dulu.

Inilah antara lagu karut yang kita dengan sepanjang pemilihan PKR dan selepas ini PKR akan bergerak seperti biasa dengan pemilihan kepimpinan mereka yang baru selesai. Dengan itu juga berakhirlah lagu lagu karut bertemakan pemilihan. Oleh itu tukang tukang karut  akan beralih kepada isu dan tema baru pula serta mungkin akan kembali kepada kes liwat DSAI yang masih berjalan. Satu yang jelas ialah tukang-tukang karut dari berbagai bagai latarbelakang ini mempunyai misi yang sama ia itu mahukan PR berpecah.

Firman ALLAH "Orang kafir merancang, ALLAH juga merancang. Sesungguhnya ALLAH sebaik-baik perancang". Insyaallah, kepada orang orang yang beriman, berdoalah kepada ALLAH agar semua kebathilan dan kezaliman terhapus dan kebenaran dan keadilan tertegak di bumi Malaysia. Berdoalah agar semua tukang-tukang karut tak kira siapa mereka dilenyapkan dari bumi ALLAH ini dan digantikan dengan penyebar penyebar kebenaran dari risalah ALLAH.
-tko-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan