Siapa tiru toyol di Sri Pantai, Mersing?

21Halim
Musim cuti sekolah sudah ke hujungnya.... Kini anak-anak kampung Si Pantai, Mersing sudah mula mencari keperluan sekolah masing-masing sama seperti anak-anak di tempat lain.. Sementara sebahagian pergi ke kedai sebahagian lagi buat apa? Berikut ini catatan penulis berdasarkan pemerhatian. 
 
Di antara aktiviti mereka  untuk memenuhkan masa cuti adalah:
1. Balik kampung
2. Pergi perpustakaan di bandar Mersing
3. Ziarah kafe siber - di Sri Pantai ada sebuah, di bandar memang banyaklah.
4. Membuat latihan ulangkaji di kelas tusyen berbayar
5. Lepak sahaja di rumah menghadap tv, komputer - sekali sekala tolong emak
6. Mencari apa-apa di pantai - kepah, ketam, tiram ...
7. Main basikal sekitar taman
8. Ke pusat ases kendiri (pusat sumber) di SK Sri Pantai
9. Ke kelas mengaji di masjid - ada dua orang guru menanti
10. Meniru lagak toyol.

Aktiviti ke 10 nampaknya menjadi-jadi. Namun ramai orang yang tidak ambil peduli.... Entah siapakah gerangan yang seronok menurut bisikan syaitan. Mereka ini dikenalpasti melakukan tindakan pada waktu siang hari.

Dalam tempoh seminggu ini sudah 5 buah rumah dan 1 gerai mereka kerjakan... Mereka menjadikan rumah yang ditinggal pergi sebagai sasaran.

Modus operandinya ialah memecah masuk melalui pintu belakang, atau mengumpil tingkap. Setelah masuk segala beg dan laci akan diselongkar. Barangan yang hilang ialah wang - kertas dan syiling.

Menurut Pn Juriah, pencuri masuk ikut pintu.... dan lucunya keluar ikut tingkap! Asalnya, beliau tutup pintu dan selak di luar. Apabila balik didapati pintu terkunci dari luar sementara tingkap hanya dirapatkan. Wang hilang, namun mesin jahit yang menjadi sumber rezekinya tidak berusik. Betullah, toyol mana pandai menjahit!

Mak Mah pula mendapati gerai sebelah rumahnya berkecah di dalam. Air kotak, dan saki baki jajan selesai dikerjakan. Duit tiada, maka toyol berehat sambil makan jajan

Pn Hafsah bercuti seminggu. Pelbagai kunci ditinggal di dapur. Kunci luar diserah kepada jiran untuk buka lampu pada waktu malam.... Toyol ini setelah gagal mendapatkan wang... cuma bawa pergi kunci sahaja.

Nenek Antak tinggal sendirian.... ketika duduk di luar, toyol masuk ikut pintu dapur. Kira-kira RM 300 hilang. Nenek ternampak kelibat budak... " urangnya hirang-hirang", katanya ketika ditanya. 

Toyol ataukah kerja budak-budak?

hirang = loghat Banjar, ertinya hitam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan