Zina: ADUN Selinsing Nafi Terlibat, Yakin Umno Terdesak

SHAH ALAM, 23 DIS: Umno-Barisan Nasional(BN) begitu terdesak sehingga melakukan fitnah terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Selinsing, Drs Saipul Bahrin Mohamad , kononnya beliau pernah ditangkap ‘berzina’ dengan isteri orang.

Kejadian didakwa berlaku didalam koc VIP kereta api ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tumpat, Kelantan.

Bagaimanapun menurut Drs Saipul, Umno-BN (Selinsing) kini berada dalam keadaan kritikal apabila ahli dan penyokong mereka menyertai PAS dan menyokong Pakatan Rakyat.

"Ini adalah satu gelombang yang cukup dahsyat menimpa Umno yang mana dia tak boleh bendung masalah ini sehingga terpaksa menfitnah dan menjatuhkan saya di DUN," katanya ketika dihubungi Tv Selangor.

Tambahnya Umno kawasan berkenaan sememangnya bermasalah, Umnno kawasan ini bermasalah sehinggakan hendak melantik pengerusi DUN tidak ada dan terpaksa melantik orang luar sebagai ketua. Lebih parah katanya beberapa orang penghulu Umno juga sudah menyertai PAS.

Beliau menambah, sebahagian besar pimpinan Umno-BN terlibat dalam perkara ini dan ia merupakan agenda mereka yang berhasrat menawan Selinsing kerana pilihanraya semakin hampir.

"Adalah sebahagian pimpinan Umno terlibat, itu agenda dia apabila sampai dekat pilihanraya itulah agendanya yang biasa diputar-belitkan supaya penyokong-penyokong PAS menjadi resah," katanya.

Drs Saiful juga akan membuat laporan polis selepas mendapatkan bukti dan mengenalpasti individu yang terbabit dalam menyebar fitnah ini.

Kenyataan ini dibuat ekoran pendedahan portal Umno Online kelmarin, yang memetik Ketua Pemuda Umno Kelantan, Anuar Safian yang mencabar Saipul Bahrin atau PAS sendiri supaya memberikan penjelasan mengenai dakwaan itu.

Kelmarin, Umno Online turut melaporkan pengakuan saksi utama kes skandal tersebut iaitu Saidi Husin yang kini kononnya menjadi isu kontroversi dalam dunia blog, Youtube dan Facebook.

Saidi, lapor portal rasmi itu merupakan Ketua Keselamatan PAS Semarak merangkap Ketua Keselamatan Pondok-Pondok Negeri Kelantan sebelum meninggalkan PAS.

Blog itu turut mendesak Saipul Bahrin supaya tidak berdiam diri dan mengambil tanggungjawab menjelaskan isu skandal kontroversi tersebut.

Namun, laporan tersebut tidak mendedahkan klip video, gambar atau laporan bertanggungjawab mengenai skandal tersebut.
-tvsnews-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan