MP Bagan Serai Berani Berdepan Dengan Solat Hajat

Sofi Wahab

Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri yang melompat memasNONEuki 'Parti Katak' hari ini menegaskan bahawa beliau tidak akan mengosongkan kerusi parlimen berkenaan walaupun ada pihak dalam pakatan pembangkang mendesaknya berbuat demikian.

Ini bermakna Mohsin berani berdepan dengan rakyat dan bersedia untuk menerima apa sahaja hukuman berikutan dari solat hajat yang akan dilakukan oleh Ustaz Ahmad Awang dan rakyat Bagan Serai.

Kita mengucapkan 'syabas' kepada Mohsin di atas keberanian beliau tersebut. Jawapan beliau memudahkan Ustaz Ahmad Awang dan rakyat Bagan Serai membuat keputusan samada mahu meneruskan niat mereka melakukan solat hajat atau tidak.

Dalam kenyataanya hari ini, Mohsin berkata beliau tidak terfikir untuk mengosongkan kerusinya dan sebaliknya akan meneruskan khidmatnya sebagai wakil rakyat bebas sehingga pilihan raya umum yang akan datang.

Saya cadangkan supaya Mohsin bersama-sama mendirikan solat hajat tersebut bersama-sama dengan rakyatnya bagi memohon petunjuk dari Allah.

APAKAH BUMIPUTERA @ UMNOPUTERA TUNTUTAN ISLAM ?

cilipadi007
Firman Allah maksudnya :

DAN JANGANLAH KAMU JADIKAN PESANAN2 DAN PERINTAH ALLAH SEBAGAI MODAL UNTUK MENDAPAT KEUNTUNGAN DUNIA YG SEDIKIT, SESUNGGUHNYA APA YG ADA DI SISI ALLAH ( BALASAN BAIK ), ITULAH SJA YG LEBIH BAIK BAGI KAMU, KALAU KAMU MENGETAHUINYA ( Surah An Nahl ayat 95 )

Malaysia Negara tercinta. Inilah negara milik kita semua rakyatnya yg bergelar warganegara. Melayu, Cina, India dan lain2 bangsa berkongsi sebuah negara bernama Malaysia. Malaysia tidak sesekali menjadi milik mutlak bangsa Melayu seperti cerita dongeng versi UMNO.

Negara kita bukan lagi bernama Malaya, tidak lagi dipanggil Tanah Melayu @ Persekutuan Tanah Melayu. Suka @ tidak kita mesti realistik bahawa Bangsa Melayu telah berkongsi dengan pelbagai kaum sebuah Negara bernama Malaysia.

Hanya kalimah " Bumiputera " menjadi pusaka bangsa Melayu yg lebih lunak ditafsir sebagai UMNOputera. Apa makna bumiputera? Apa istimewa bumiputera? Apa semangat bumiputera? Apakah bumiputera masih releven?

UMNO parti pejuang bangsa, mendokong roh bumiputera kononnya perlu dipertahan sebagai tongkat bangsa Melayu. Entah Rasul mana menjadi ikutan UMNO. Tak pernah pula penceramah agama bercerita Rasulullah memberi status bumiputera untuk kaum Ansar bila terbentuknya Negara Islam Madinah.

Hampir 53 tahun merdeka tapi tiada lonjakan untuk bangsa Melayu. UMNO yg dipimpin Bumiputera masih gagal untuk membantu bangsa Bumiputeranya. Berbillion ringgit bajet bumiputera hangus tapi taraf hidupnya masih jauh ketinggalan.

UMNO tak ubah seperti syarikat sdn bhd, strategi UMNO hanya untuk perKAYAkan golongan penguasa. Pemegang utama jawatan UMNO semuanya jutawan walaupun hanya bergelar Ketua Bahagian.

Lagi besar jawatan dalam UMNO lagi banyaklah peluang buat duit, halal haram bukan menjadi batasan. Sentimen bangsa dan bumiputera adalah modal UMNO menelan duit rakyat bermula dari peringkat cawangan, bahagian seterusnya pemimpin pusat.

UMNO sebuah parti kebangsaan yg sombong bila mendapat kuasa. Bila kuasa semakin menghakis maka bermulalah tipudaya untuk menjerat musuh tradisi ( PAS ) agar kuasa yg diwarisi dapat dikekalkan.

Bila terdesak, UMNO berlakon baik dan mendekati rakyat dengan slogan "Juara Rakyat" dan 1Malaysia. UMNO menjemput PAS untuk agenda UG yg kononnya untuk kepentingan bangsa Melayu dan Islam. Idea UG perlu pada UMNO kononnya Islam akan menjadi kuat bila Melayu bersatupadu.

UMNO memusuhi PAS sealiran dengan sikap Quraish Mekah terhadap Rasulullah saw. Kerana Islam Quraish Mekah membunuh pengikut Rasulullah di Mekah seperti Sumaiyyah, UMNO membunuh AsSyahid Ibrahim Libya dan pengikutnya dalam peristiwa Memali.

Quraish Mekah melarang Rasulullah menyebarkan Islam, UMNO menggunakan Akta Polis untuk menghalang ceramah PAS. Pendek kata PAS dizalimi dari segenap perkara selama ini seperti :

  1. Menolak hukum Islam yg menjadi syariat Islam
  2. Mendiskriminasi negeri2 yg diperintah pembangkang
  3. Memansuhkan pelajaran Jawi dari sukatan pelajaran
  4. Menahan guru2 agama di bawah ISA
  5. Menarik bantuan perkapita untuk SAR
  6. Membiarkan gejala "murtad" berleluasa tanpa tindakan pencegahan
  7. Menggantikan biasiswa dengan pinjaman PTPTN
  8. Memberikan jawatan Ketua Menteri kepada Gerakan pada tahun 1999 walaupun UMNO menang majoriti
  9. Melepaskan Singapura dari Persekutuan Tanah Melayu
  10. Menggadai tanah Rezab Melayu kepada bangsa asing
  11. Memberi hakmilik hartanah kepada bangsa asing di bandar2 besar seperti Johor Bharu, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang
  12. Menyalahguna / Membazir wang pembayar cukai dengan dasar pengswastaan yg menguntungkan kroni
  13. Menggunakan akta lapok seperti ISA, OSA dan Akta Polis untuk menekan pembangkang
  14. Menarik balik subsidi minyak dan bahan makanan yg membebankan rakyat
  15. Memecahbelah perpaduan rakyat di negeri2 pembangkang dengan penubuhan agen persekutuan seperti JPP yg fungsinya menyamai SUK
  16. Mengagihkan bantuan rakyat miskin dengan memilih bulu dan mengikut fahaman politik
  17. Ingkar membayar royalti minyak walaupun termaktub dalam Akta Kemajuan Petroleum 1974
Apakah parti asobiyyah UMNO boleh menjadi rakan kongsi PAS untuk UG? Apakah betul bila PAS cuba bekerjasama dengan UMNO yg zalim disaat permintaan dalam Qunut Nazilah menimpa UMNO?

PAS mesti sentiasa berwaspada dengan sikap hipokrit UMNO, setiap gerak mereka dipenuhi jerangkap samar. UMNO cuba berbaik dengan PAS untuk kepentingan politik mereka tapi UMNO tidak pernah lupa untuk memusnahkan PAS.

Agenda Melayu tetap senjata antik UMNO sejak era kemerdekaan. Ungkapan Kuat Melayu maka Kuatlah Islam adalah epik UMNO yg dibarisi pemimpin Islam baka, bukan Islam sejati. Islam melayu yg diwarisi dari nenek moyang nasionalis pemuja mazhab sekular.

Buat pemimpin PAS yg bercita2 untuk menjayakan UG, renungilah makna hadis Rasulullah saw yg diriwayatkan Ibnu Majah bermaksud " SESIAPA YG MEMENTINGKAN DUNIA, SESUNGGUHNYA DIA TIDAK MEMILIKKI APA2PUN DI SISI ALLAH, BAHKAN DI DALAM HATINYA AKAN DITETAPKAN 4 PERKARA IAITU :
  • KEDUKAAN YG TIADA PUTUSNYA
  • KESIBUKKAN YG TIADA KEREHATANNYA
  • KEFAKIRAN YG TIADA SAMPAI KAYANYA
  • ANGAN2 YG TIADA PERHENTIANNYA
Wallahua'lam dari cilipadi007

Tangguh bacaan kedua GST adalah kemenangan rakyat

Dzulfikar Mashoor
PETALING JAYA, 13 Mac:
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, keputusan kerajaan menangguhkan serta-merta bacaan rang undang-undang cukai barangan dan perkhidmatan (GST) untuk kali yang kedua di Dewan Rakyat yang bermula Isnin ini adalah suatu kejayaan bersama rakyat, PAS dan Pakatan Rakyat.

“Ini suatu kejayaan bersama PAS serta Pakatan Rakyat kerana berpadu menjelaskan kepada rakyat tentang akibat perlaksanaan GST ini kepada rakyat,” kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar ketika menghubungi Harakahdaily petang tadi.

Bagi beliau, perhargaan perlu dirakamkan juga kepada Lajnah Hal Ehwal Pengguna PAS Pusat kerana lajnah tersebut menganjurkan suatu sidang bulat di peringkat dalaman parti sehingga PAS membuat ketetapan yang begitu jelas berhubung sistem cukai tersebut.

“Disebabkan suatu sidang meja bulat (oleh) Lajnah Pengguna di peringkat parti inilah, kita berpendirian GST ini perlu ditolak kerana urus tadbir kewangan oleh Umno/BN pincang, bukan disebabkan sistem GST itu sendiri,” jelasnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menganggap pengumuman yang dibuat Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah itu, membuktikan bahawa usaha-usaha bersama PAS dan Pakatan Rakyat banyak memberi impak kesedarangan dalam kalangan rakyat.

Disebabkan itu, beliau berkata, Ahmad Husni tidak perlu mencipta alasan kononnya kerajaan menangguhkan niat bacaan rang undang-undang GST untuk kali yang kedua itu demi mendapatkan lebih banyak pandangan awam daripada rakyat kebanyakan.

“Kalau nak dapat pandangan awam, tidak perlu menunggu sekarang, sepatutnya sebelum GST dibawa (ke Dewan Rakyat) untuk bacaan pertama lagi, kerajaan khususnya Husni sendiri perlu benar-benar mendapat pandangan awam yang tepat.

“Saya kira, Husni dan kerajaan mencipta alasan ini mungkin untuk menutup kelemahan dalam perancangan GST ini sendiri atau tidak pernah serius berkerja sebagai sebuah Kerajaan atau mungkin tak sanggup berdepan dengan demontrasi anti GST pada Isnin depan,” katanya.

Pun begitu, beliau berkata, penangguhan seperti yang diumumkan oleh Husni itu adalah bersifat sementara demi meredakan kebangkitan rakyat.

Sedangkan, beliau berkata, kerajaan sepatutnya membatalkan terus hasrat melaksanakan GST di Malaysia kerana sistem cukai itu ternyata membebankan rakyat.

Ekoran itu, beliau meminta seluruh kepemimpinan Pakatan Rakyat serta PAS sendiri terus memperkasakan aktiviti penerangan kepada rakyat tentang impak GST tersebut.

Ini kerana, menurut Mahfuz, kerajaan mungkin tidak melaksanakan GST dalam masa terdekat, tetapi kerajaan dijangka tetap akan melaksanakannya selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 kelak.

“Mungkin GST tidak dilaksanakan sekarang kerana kedudukan Umno/BN di parlimen dan negeri agak tidak kukuh, tetapi selepas PRU13 pada 2011 atau 2012 kelak, Umno/BN tetap akan melaksanakannya jika mereka kembali kuat di Parlimen dengan menipu rakyat bermula hari ini,” beliau menambah.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr. Mohd Hatta Ramli (gambar kanan) selaku jurucakap bagi Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak dan Barangan (Protes) yang dihubungi kemudian berkata, jawatankuasanya akan membuat ketetapan malam ini sama ada untuk meneruskan atau tidak demontrasi bantah GST pada Isnin jam 9 pagi di perkarangan Parlimen.

Bagaimana pun, beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai secara peribadi berkata, pendirian Protes bukannya menuntut kerajaan menangguhkan perlaksanaan GST, sebaliknya membatalkan serta-merta hasrat untuk melaksanakan GST kerana ternyata membebankan rakyat itu.

MP Bagan Serai enggan tunduk desakan kosongkan kerusi

KUALA LUMPUR, 13 Mac: Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri menegaskan beliau tidak akan mengosongkan kerusi Parlimennya walaupun ada pihak dalam Pakatan Rakyat mendesaknya berbuat demikian termasuk mahu mengadakan solat hajat.

Bekas pemimpin PKR itu berkata, beliau tidak terfikir untuk mengosongkan kerusinya, sebaliknya akan meneruskan khidmat sebagai wakil rakyat Bebas sehingga pilihan raya umum ke-13.

Selain Mohsin Fadzli tiga lagi Ahli Parlimen PKR telah keluar parti dan mahu bertindak sebagai wakil rakyat Bebas.

Laporan Harakah Daily semalam menyebut tempoh tujuh hari yang diberikan PR Bagan Serai kepada wakil rakyat berkenaan untuk menarik balik keputusannya meninggalkan pakatan itu tamat malam kelmarin.

Mulai malam ini mereka mengadakan solat hajat selama tujuh hari memohon kepada Allah agar Mohsin Fadzli insaf atau menyerahkan kembali mandat rakyat itu dengan meletakkan jawatan.

Majlis solat hajat akan diadakan dengan solat Maghrib di Balai Kuliah Tasawur Islam Simpang Empat Semanggol, kata bekas Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Ahmad Awang.

Ahmad memberitahu semasa pilihan raya umum lalu beliau yang memperkenalkan Mohsin Fadzli kepada orang ramai khasnya masyarakat Cina dan PAS Kawasan Bagai Serai.

Beliau berkata, solat hajat itu akan berakhir Jumaat depan di Masjid Tinggi Bagan Serai.

Pada 3 Mac lalu, Mohsin Fadzli mengisytiharkan dirinya keluar daripada PKR dan menjadi Ahli Parlimen Bebas kerana “politiking” melampau dalam PKR yang gagal dikawal oleh penasihat parti Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Pilihan raya umum pun tidak lama lagi, saya akan tunggu dan menghabiskan penggal perkhidmatan saya,” kata beliau dipetik Bernama.

“Lagi pun apa perlunya saya meletak jawatan kerana saya masih lagi Anggota Parlimen mereka... tidak ada salahnya kerana saya masih berkhidmat untuk mereka (pengundi Bagan Serai),” katanya di sini hari ini.

Mohsin Fadzli berkata beliau tidak akan menyertai mana-mana parti politik lain walaupun menyedari Barisan Nasional (BN) akan sentiasa mengalu-alukan jika beliau berhasrat menyertai parti komponen BN.

Pada pilihan raya umum 2008, Mohsin Fadzli, yang pertama kali bertanding, mengalahkan bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Zainal Abidin Zin daripada Umno dengan majoriti 3,413 undi.

-malaysianinsider-

Pilihan raya PBT belum sesuai – Pemuda PAS

Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 13 Mac:
Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) berpandangan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) yang mahu diadakan di Selangor dan Pulau Pinang belum sesuai dilaksanakan buat masa ini kerana sistem pengendalian pilihan raya itu sendiri masih tidak telus.

Ketuanya, Nasrudin Hasan ketika bercakap dalam satu sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pemuda PAS Pusat di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut tengah hari ini berkata, Pakatan Rakyat (PR) harus terlebih dahulu memberi fokus kepada pemulihan sistem pilihan raya itu sebelum merancang untuk melaksanakan pilihan raya bagi memilih ahli PBT.

"Pilihan raya PBT belum sesuai dilaksanakan ketika ini kerana sistem pilihan raya itu sendiri masih korup.

"Kita melihat pilihan raya diadakan adalah untuk membasmi korupsi yang berlaku di peringkat PBT kerana pada zaman kerajaan Umno/Barisan Nasional, penyelewengan adalah amalan biasa dan berlaku pemusatan kuasa dan pengumpulan kekayaan di kalangan mereka.

"Pandangan awal diadakan pilihan raya PBT untuk mewujudkan ketelusan dalam PBT dan perlu ada penyertaan rakyat dalam proses pelaksanaan undang-undang di peringkat peraturan PBT.

"Tapi kita masih berada dalam sistem (pilihan raya) yang korup. Jadi fokus perlu diberikan kepada pemulihan sistem itu sendiri," katanya.

Beliau turut mencadangkan agar PR mengkaji secara khusus mengenai pentadbiran Kerajaan Kelantan yang berjaya menunjukkan prestasi yang baik dan bebas daripada sebarang bentuk penyelewengan.

"DPPP melihat ada satu ruang yang perlu dikaji oleh semua khasnya Pakatan Rakyat termasuk kerajaan negeri, iaitu potensi dan prestasi yang telah dibentuk oleh Kerajaan Kelantan sehingga kita tidak mendengar berlakunya penyelewengan di peringkat PBT negeri itu," katanya.

Selangor dan Pulau Pinang mahu mengadakan semula proses pilihan raya pihak berkuasa tempatan, seperti yang pernah diadakan 43 tahun lalu tetapi dimansuhkan pada 1965.

Nasrudin dalam sidang media sama turut menyatakan rasa kesal terhadap tindakan beberapa Ahli Palimen PR daripada PKR yang keluar parti dan mengisytiharkan diri mereka sebagai bebas.

"DPPP amat kesal dengan tindakan mereka keluar parti kerana ternyata menidakkan amanah yang telah diberikan rakyat. Parti sebelum mengizinkan seseorang itu bertanding, ada mengeluarkan satu surat perjanjian atau bai'ah agar mereka terus bersama dalam perjuangan yang didokong. Apabila mereka melanggar perjanjian itu, bermaksud mereka telah melakukan pengkhianatan yang besar.

"Walaupun yang keluar itu dari PKR, bukan dari PAS, tapi kami tetap memandang serius perkara ini kerana kami bersama-sama dalam PR, tidak kira dari parti mana pun," tegasnya.

Dalam pada itu, Nasrudin turut memberitahu, muktamar DPPP akan berlangsung pada 9 dan 10 Jun depan di Kelantan Trade Center, Kota Bharu, Kelantan.

Turut serta dalam sidang media berkenaan ialah timbalannya, Azman Shapawi Abdul Rani, setiausaha, Kamaruzzaman Mohamed, dan ketua penerangan, Suhaizan Kaiat.

Bantah hina Nabi di Kedutaan Sweden 19 Mac

Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 13 Mac:
Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) mengajak seluruh rakyat untuk menyertai Himpunan Sejuta Ummah di hadapan Kedutaan Sweden pada Jumaat, 19 Mac ini.

Himpunan itu dirancang sebagai menunjukkan bantahan terhadap tindakan terbaru beberapa akhbar di Sweden yang menyiarkan lakaran menghina Nabi Muhammad s.a.w.

Bercakap dalam satu sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pemuda PAS Pusat di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut tengah hari ini, ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, pada tarikh itu, pihaknya akan menyerahkan satu memorandum bantahan berhubung perkara itu kepada pihak Kedutaan Sweden.

Mereka akan menunaikan solat Jumaat di Masjid Tabung Haji, Jalan Tun Razak dan kemudiannya berarak ke Kedutaan Sweden.

"Pemuda akan turun beramai-ramai di Kedutaan Sweden 19 Mac ini bagi menunjukkan bantahan kita terhadap pelukis dan akhbar mereka yang telah menghina Rasulullah s.a.w.

"Saya menyeru dan mengajak seluruh umat Islam yang prihatin agar turun bersama-sama kami bagi menzahirkan bantahan kita terhadap penghinaan yang dilakukan terhadap Rasul kita," katanya.

Pelukis Sweden, Lars Vilks melukis kartun menghina Nabi Muhammad s.a.w. dengan membuat membuat lakaran tubuh Rasulullah s.a.w. seperti anjing dan disiarkan oleh akhbar Dagens Nyheter, Expressen serta Sydsvenska Dagbladet.

Di antara Ali dan Baba

Zaid Ibrahim
Saya bersetuju dengan Ibrahim Ali yang mengatakan tak ada salahnya bagi beliau selaku Pengurusi Perkasa untuk berkerja dengan tauke Cina yang terkaya Vincent Tan, atau dengan mana-mana tauke lain yang membuat projek perumahan atau jambatan atau projek lain di Kelantan.

Orang Melayu sepatutnya berkerja dengan siapa saja yang boleh memberi manfaat dan keuntungan kepada orang Melayu sendiri.

Yang penting dia betul-betul berkerja atau berniaga secara aktif. Yang penting Melayu ini bukan “sleeping partner” atau bukan Ali kepada Baba. Yang penting Melayu yang tahu harga diri.

Malangnya ramai pemimpin Melayu/Bumiputera yang ada kabel dengan Perdana Menter atau orang atasan lain dapat peluang hanya untuk jadi Ali kepada Baba.

Maka dilantiklah Ali ini sebagai pengarah syarikat yang tak buat apa-apa kerja. Ali ini juga diberi saham. Maklumlah, Ali ini kan orang Bumiputra yang ada kedudukan istimewa dan peruntukan khas, walaupun bapa atau datuk dia lahir di Kerala atau Madras, atau di Aceh dan sebagainya.

Orang yang benar-benar putera bumi di negara kita seperti Senoi, Negrito dan Proto Melayu di samping kumpulan-kumpulan etnik Semelai, Jakun, Temuan, Temiar dan sebagainya, tak pernah pula kita lihat dapat jawatan pengerusi syarikat-syarikat besarMereka tak ada perlindungan dibawah Perkara 153 yang ajaib itu.

Jadi bila wira Perkasa dan pengikut-pengikut UMNO Baru ini mahu pertahankan “keistemewaan” mereka, apakah sebenarnya yang mereka mahu pertahankan.
Tak ada siapa pun yang bercadang nak ambil balik hak Bumiputera di bawah Perlembagaan. Tak orang bukan Melayu dan tidak juga Pakatan Rakyat yang mahu buat begitu.

Lagi pun mustahil ianya dapat dilakukan dengan jumlah kerusi yang dipegang di Parlimen oleh kaum Bumiputera. Kadang-kadang ada di antara kita yang lupa bahawa di Sabah dan Sarawak, kaum Bumiputera merupakan kaum majoriti. Jadi apakah yang dibisingkan oleh “pembela hak Bumiputera” ini.

Sebenarnya, yang mereka mahu pertahankan ialah “sistem rentier” di mana nama Bumiputera UMNO itu ada harga untuk mendapat saham percuma atau elaun percuma atau jawatan pengarah dalam sesuatu syarikat. Mereka mahu Baba sentiasa perlukan servis dan nama mereka.

Jadi Ali jenis ini sanggup terus mempertahankan elit Baba ini walaupun syarikat-syarikat Baba inilah yang menjadi persaingan dan mengurangkan peluang kepada peniaga Melayu yang tulin ikhlas yang mahu berniaga dengan erti kata yang sebenar. Inilah hakikatnya

Sepatutnya Ali ini perlu sedar diri dan benar-benar berjuang secara ikhlas. Apa yang perlu diperjuangkan oleh Ibrahim Ali dan Utusan Malaysia ialah supaya Model Ekonomi Baru yang dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri Najib Razak itu dapat membanteras fenomena ekonomi pajakan nama Bumiputera Ali kepada Baba.

Selagi Ali mendapat elaun murahan yang mudah dan percuma dari Baba, selagi itulah ekonomi orang Melayu akan dikawal oleh Ali yang ada kabel untuk kekayanan Baba. Baba ini pula bukan sebarangan Baba. Orang Cina pun tak suka mereka kerana bolot segala-galanya.

Tapi saya rasa adalah mustahil Najib akan membersihkan ekonomi “rentier” ini kerana para pemimpin UMNO akan marah, ketua Bahagian UMNO akan marah dan Ahli Parlimen UMNO akan marah. Mereka akan marah kalau Model Ekonomi Baru ini bersifat adil dan memberi peluang saksama kepada rakyat Malaysia.

Mereka mahu kepentingan mereka dipertahankan. Mereka akan marah kerana akan hilang peluang mendapat elaun murahan’ peluang jual nama Jadi mungkin Model Ekonomi Baru ini sebenar tak ada apa yang baru kecuali tabiat lama yang akan terus mementingkan UMNOputra. Tetapi kita sedia teliti dan meneliti dasar baru ini dengan adil.

Kanak-kanak dipaksa kahwin lelaki tabligh ditemui di Batu Caves

KUALA KRAI, 13 Mac: Seorang kanak-kanak perempuan, Siti Nur Zubaidah Hussin, 11, yang dikahwinkan dengan seorang lelaki tabligh berusia 41 tahun dan dilarikan lelaki terbabit telah ditemui di sebuah masjid berhampiran Batu Caves, Selangor, semalam.

Siti Sarnan Mat Ail, 42, ibu kanak-kanak itu berkata, beliau dihubungi oleh seorang lelaki yang tidak dikenali memaklumkan mengenai penemuan anaknya itu.

“Kira-kira pukul 6.30 petang semalam saya terima satu panggilan dari seorang lelaki yang memberitahu anak saya berada di sebuah masjid Al-Ikhwan di Taman Samudera dekat Batu Caves.

“Mulanya saya ragu-ragu kerana tidak mungkin anak saya dibawa hingga ke Selangor tetapi apabila dibenarkan bercakap dengan anak saya barulah saya percaya,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Katanya, sebaik mengetahui anaknya ditinggalkan di surau terbabit, beliau segera menghubungi salah seorang saudaranya yang menetap berhampiran Batu Caves supaya pergi menemui Siti Nur Zubaidah.

“Saudara kakak kemudian menemui Siti Nur Zubaidah dalam keadaan lemah tidak bermaya dan membawanya ke Balai Polis Kepong untuk membuat laporan penemuan sebelum membawanya ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Ketua Polis Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kanak-kanak itu ditemui dalam keadaan separuh sedar di Masjid Al-Ikhwan, Taman Samudera Batu Caves oleh bapa saudara kanak-kanak itu pada kira-kira pukul 7.15 malam.

Siti Sarnan berkata, sehingga kini anaknya itu masih dirawat di hospital terbabit dan beliau dimaklumkan saudaranya, Siti Nur Zubaidah berada dalam keadaan stabil tetapi enggan bercakap kerana masih dalam keadaan trauma.

“Mungkin dia lemah kerana tidak makan dan trauma apabila dilarikan lelaki itu sehingga ke Selangor. Saya tidak sabar untuk berjumpa anak saya itu setelah 20 hari dia hilang,” katanya.

Siti Sarnan berkata, beliau dan suaminya meneruskan perjalanan ke Selangor pagi ini untuk menemui Siti Nur Zubaidah.

Sebelum ini, Siti Nur Zubaidah, dikahwinkan bapanya Hussin Mat Salleh, 54, kepada Shamsuddin Che Derahman, lelaki tabligh berusia 41 tahun selepas diperdaya bahawa perbuatan itu mengikut Sunnah Nabi Muhammad. Enakmen Keluarga Islam Kelantan menetapkan syarat umur berkahwin bagi perempuan minimum 16 tahun ke atas.

Siti Sarnan kemudian membuat laporan polis pada 25 Februari lalu.

Sementara itu, isteri pertama lelaki terbabit, Rohana, 33, berkata, sehingga kini suaminya yang dikenali sebagai “Sudin Ajaib” itu tidak menghantar sebarang berita atau menghubunginya.

“Saya tidak tahu ke mana suami saya menghilang dan turut berusaha mengesannya sebelum ini, syukurlah Siti Nur Zubaidah ditemui,” katanya.

Sementara itu, Siti Sarnan berkata, beliau masih mengharapkan orang ramai yang melihat lelaki terbabit yang menaiki kereta Proton Iswara berwarna putih milik suaminya dengan nombor pendaftaran BEF 7599 supaya menghubungi balai polis berhampiran.

Menurutnya, beliau bersyukur anaknya ditemui dalam keadaan selamat dan mengharapkan lelaki itu ditahan polis bagi mengelakkan kanak-kanak lain menjadi mangsa.

-Bernama-

Kenaikan Harga Minyak: PR Tidak Akan Tolak-Ansur

Pakatan Rakyat tidak akan bertolak-ansur dengan sebarang rancangan untuk menurunkan subsidi harga minyak.

Bendahari Pas Dr Mohd Hatta Ramli berkata pengurangan subsidi minyak tidak sewajarnya berlaku dalam situasi ekonomi sekarang.

Pemimpin Pas itu berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang membayangkan kenaikan harga minyak dalam masa terdekat.

Ismail Sabri dilaporkan berkata subsidi 0.45 sen sedia-ada menghalang kerajaan dari membelanjakan lebih banyak wang rakyat untuk membangunkan pelbagai projek.

"Harga minyak hanya menaik sahaja. Ketika ekonomi negara masih belum pulih, pastinya kenaikan ini akan menyusahkan kita, kerana ia juga akan menyebabkan kenaikan harga barang," kata Hatta.

Beliau berkata kerajaan sewajarnya mengambil-kira kemampuan ekonomi semasa para pengguna, dan bukannya kebuluran projek para kroni dan pemaju.

"Kita akan lawan melalui semua saluran yang ada, di Parlimen hingga ke jalanraya," tegas beliau.
-tvselangor-

Mazlan akan saman pengurus Felda, polis

Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 13 Mac:
Pengerusi Persatuan Anak-anak Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman bertegas akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pengurus Felda Lembah Klau dan juga pihak polis ekoran tindakan mereka menahannya daripada mengadakan dialog bersama peneroka.

Mazlan yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata, peguamnya, Mohd Harris Abdullah sedang dalam proses memfailkan saman malu terhadap kedua-dua pihak terbabit dan dijangka ianya akan mengambil masa lebih kurang sebulan daripada tarikh beliau ditahan.

"Saya mendapat nasihat daripada peguam saya untuk mengenakan tindakan saman malu terhadap pengurus Felda dan pihak polis kerana telah memalukan dan menjatuhkan maruah saya di hadapan khalayak ramai.

"Peguam saya akan tentukan jumlah saman yang akan dikenakan dan saya berani katakan, jumlahnya melibatkan juta. Saya dilayan seperti seorang penjenayah yang melakukan kesalahan besar sedangkan saya pergi ke Felda Lembah Klau kerana menghadiri jemputan warga Felda," katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, petang ini.

Selasa lepas, Mazlan ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Raub ketika membuat laporan polis berhubung tindakan pihak pengurusan Felda Lembah Krau yang cuba menahannya daripada mengadakan dialog dengan penduduk Felda berkenaan.

Beliau ditahan selama dua malam mengikut Seksyen 441 Kanun Keseksaan yang jika disabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih enam bulan dan didenda tidak lebih RM3,000 atau kedua-duanya sekali.

Insiden itu berlaku selepas Mazlan mengadakan satu majlis dialog di rumah sebuah peneroka di Felda berkenaan lalu ada seorang pegawai Felda datang menghalang kerana kononnya tidak mempunyai permit.

Beliau bagaimanapun dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Raub dengan bon polis RM3,000 dengan seorang penjamin pada Khamis lepas.

Menurut Mazlan, ekoran insiden itu, Felda mengeluarkan satu surat pekeliling yang melarang beliau masuk ke mana-mana Felda untuk mengadakan dialog atau sebagainya.

"Ceramah saya malam ini pun terpaksa dibatalkan kerana pemilik premis terbabit menerima pelbagai ugutan daripada pihak Felda agar tidak membenarkan saya berceramah di situ.

"Mana perginya Fasal 10 Perlembagaan yang mengatakan kita ada hak untuk berhimpun?” soalnya.

Mazlan yang sudah berbelas tahun bergerak aktif dalam memperjuangkan nasib peneroka Felda di seluruh negara bagaimanapun menegaskan tidak akan berganjak daripda perjuangannya membela nasib peneroka yang tertindas sejak sekian lama.

"Saya tidak akan berganjak daripada perjuangan saya membela warga Felda yang hanya menjadi pak turut kepda kerajaan selama ini.

"Sebagai ahli sebuah NGO yang berjuang untuk warga Felda, saya akan terus memberikan maklumat kepda peneroka tentang hak mereka yang dinafikan selama ini, terlalu banyak isu penyelewengan dalam Felda yang disembunyikan kerajaan," tegasnya.

Ditanya mengenai status Anak yang dikatakan haram oleh ketua penerangan Umno, Ahmad Maslan baru-baru ini kerana mendakwa telah ada Majlis Belia Felda yang menguruskan kebajikan peneroka, Mazlan berkata, ianya bukan isu utama sebaliknya apa yang diperjuangkan badan bukan kerajaan itu harus diberi perhatian.

"Saya tidak mahu layan soal status haram atau tidak. Saya pun boleh persoalkan NGO bawah mereka haram atau tidak. Apa yang penting Anak ditubuhkan untuk membela nasib peneroka yang telah lama menjadi mangsa penindasan kerajaan yang pentingkan keuntungan," katanya.

Keluar BN untuk kembalikan maruah, Ketua Pemuda Gerakan

Lim Hong Siang

Maruah hanya boleh dikembalikan dengan keluar Barisan Nasional, demikianlah pandangan Ketua Pemuda Gerakan, Lim Si Pin, sambil menambah "kini masa terbaiknya untuk Gerakan keluar dari BN."

"Seandainya (keluar BN) selepas PRU, atau ketika gambar Koh Tsu Koon (Presiden Gerakan) dikoyak, maka akan dituduh sebagai tindakan yang didorong emosi, atau bagaikan kacang lupakan kulit. Saat-saat itu bukanlah masa terbaik untuk meninggalkan BN," katanya.

Beliau menyambung, "Kini, setelah dua tahun bertenang, dan sudah jelas keadaannya, maka perlulah kita meninggalkan BN secara berstrategi. Alasannya, senario tidak berubah, BN juga tidak berubah. Sudah tiba masanya untuk tinggalkan BN."

Demikianlah kata-kata yang diluahkan oleh Lim Si Pin ketika mengetuai rombongan lawatan ke pejabat Sin Chew Daily, pada 3 Mac yang lalu. Walau bagaimanapun, ini hanyalah "pandangan peribadi" Lim Si Pin, yang enggan dipetik atas kapasiti "Ketua Pemuda Gerakan".

Mungkin gagal bertanding di Batu

Lim Si Pin juga anak kepada Penasihat Gerakan Lim Keng Yaik, bertanding menentang Tian Chua, Pengarah Strategi PKR sekarang, di kawasan parlimen Batu pada PRU ke-12. Lim Si Pin tewas dengan majoriti 9,455 undi dalam "tsunami politik" tersebut, walaupun calon Gerakan, Ng Lip Yong pernah menang dengan majoriti 11,517 undi di kawasan yang sama, menentang lawan yang sama dalam PRU ke-11.

Baru-baru ini, BN Bahagian Batu yang asalnya dipengerusikan Gerakan, diambil alih oleh Ketua UMNO Bahagian Batu, Yahya Mat Ghani. Perkembangan ini memberi isyarat bahawa BN mungkin meletakkan calon UMNO di Batu, lebih-lebih lagi Tian Chua kini disabit dengan hukuman penjara 6 bulan dan denda RM3,000, yang mungkin memberi laluan kepada PRK, seandainya rayuannya tidak diterima.

Bagaimanapun, Lim Si Pin menganggap dirinya masih berpeluang untuk bertanding di Batu, seandainya UMNO menghormati "semangat bermusyawarah" dalam BN. Sekiranya UMNO mengambil alih Batu dari Gerakan, ia bakal mencungkil keraguan parti komponen BN yang lain, kecuali UMNO sanggup menggantikan Batu dengan kawasan pengundian yang lain, katanya.

"Kalau UMNO masih menghormati semangat BN, kawasan pengundian akan diberikan kepada pemilik asalnya. Penyokong akar umbi telah menunjukkan ketidakpuasan. Seandainya calon disingkir dengan cara sedemikian, ia bermaksud perkhidmatan sejak dua tahun lalu menjadi sia-sia begitu sahaja," jelasnya.

Malah, beliau tidak senang dengan khabar kononnya Pengerusi baru BN akan menubuhkan pusat perkhidmatan baru. "Dua pusat perkhidmatan BN dalam satu kawasan pengundian, keadaan ini akan mengelirukan pengundi," katanya.

Mana pendirian Gerakan?

Jelas, Ketua Pemuda Gerakan ini serba salah ketika berdepan dengan isu-isu besar negara. Beliau mengimbas bagaimana bapanya, bekas Presiden, Lim Keng Yaik bertemu dengan ahli parlimen Gerakan sekali setiap bulan untuk menjelaskan pendirian Gerakan. Tetapi, Presiden sekarang Koh Tsu Koon ternyata terlalu sibuk sehingga tiada masa untuk menguruskan hal parti, katanya.

"Jadi, anda tengok, ahli parlimen Gerakan tidak bersuara ketika mesyuarat bersidang, kerana khuatir semakin banyak yang diperkatakan, semakin banyak pula kesilapan yang dilakukan. Isu-isu seperti GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan), kalimah 'Allah', apakah pendirian kami (Gerakan) ?"

Malah, Lim Si Pin mendedahkan bahawa dirinya "diambil tindakan" kerana menyerah memorandum kepada Yang di-Pertuan Agung berhubung isu bantahan terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), tahun lalu. Lim sebelum itu berjanji untuk menyertai demonstrasi Mansuhkan ISA pada 1 Ogos, tetapi menarik diri setelah perhimpunan tersebut diharamkan oleh polis. Beliau memilih untuk menyerah memorandum di istana, sehari sebelum demonstrasi tersebut diadakan.

Pada bulan yang lalu, Lim Keng Yaik menarik perhatian apabila meramalkan bahawa Gerakan tidak akan berjaya untuk merampas semula kuasa kerajaan negeri Pulau Pinang, dalam satu wawancara bersama Edge Financial Daily.

Bagaimanapun, kenyataan Lim Si Pin "sudah tiba masanya untuk keluar BN" tidak mencetus perbincangan yang hangat setelah seminggu dilontarkan, memandangkan ia bukan sesuatu yang baru. Cadangan ini pernah dilontarkan oleh Gerakan, malah Presiden MCA sekarang, Ong Tee Keat, tetapi tidak berbuahkan hasil.

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Melayu.

Pemangku Raja terus laksana tugas hal ehwal negeri

Yusri Amin
KOTA BHARU, 13 Mac:
Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra akan terus melaksanakan tugas berkaitan dengan hal ehwal negeri sehingga Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Ibni Al-Marhum Sultan Yahya Petra sembuh sepenuhnya daripada kegeringan.

Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad berkata Sultan Kelantan masih lagi menjalani rawatan susulan di Kota Bharu.

“Baginda masih lagi tidak berupaya untuk menjalankan tugas-tugas mengenai hal ehwal negeri sebagaimana yang diperuntukkan dalam Artikel 22A Undang-Undang Tubuh Perlembagaan Kerajaan Kelantan, Bahagian Ke-2,” katanya pada sidang media di Pejabat Sultan, Istana Balai Besar, di sini pagi ini.

“Pemangku Raja Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra akan menjalankan tugasnya sebagai pemerintah atau Yang Dipertuan Negeri sehinggalah Baginda Al-Sultan sembuh dari kegeringan,” katanya.

Sementara itu, pihak Istana Kelantan menolak dari mengeluarkan sebarang kenyataan membabitkan Raja Perempuan, Tengku Anis binti Al-Marhum Tengku Abdul Hamid dengan isteri kedua Sultan Kelantan, Elia Suhana Ahmad.

“Ini kerana kes tersebut membabitkan hal peribadi Baginda Al-Sultan yang mana Baginda Al-Sultan akan menguruskannya sendiri apabila baginda sembuh dari kegeringan,” katanya.

Pengelola Istana Diraja turut menjelaskan bahawa Tengku Temenggong, Tengku Muhammad Fakhry Petra tidak mempunyai sebarang kuasa dalam undang-undang (authority in law) mengikut Perlembagaan Negeri Kelantan.

“Beliau juga tidak boleh bertindak bagi pihak Baginda Al-Sultan semasa kegeringan Baginda dan/atau melaksanakan kuasa-kuasa sebagai Pemerintah sebagaimana yang disebut dalam Perlembagaan Negeri.

“Sebagaimana yang disebutkan dalam Perlembaaan Negeri, hanya Yang Maha Mulia Pemangku Raja yang berhak melaksanakan tugas sebagai Pemerintah sehingga Baginda Al-Sultan sembuh dari kegeringan,” tegasnya.

Selain dari itu, beliau menjelaskan pihak Istana Kelantan buat masa ini tidak akan membuat sebarang kenyataan berkaitan pertelingkahan (yang berlaku) di antara Tengku Temenggong dengan Pemangku Raja dan kerajaan negeri berkaitan dengan ‘pembuangan’ Tengku Temenggong daripada Majlis Perajaan Negeri pada 16 September 2009.

“Buat masa sekarang, kes berkaitan masih lagi di peringkat Mahkamah Rayuan bagi menafikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui ‘Juducial Review Application No. R3-25-379-2009’ kerana Tengku Temenggong Kelantan merasakan beliau mempunyai asas untuk berbuat demikian,” katanya.

Ku Li: Saya bukan pembangkang, tetap bersama Umno

Mohd Zuharman
GUA MUSANG, 13 Mac
- Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan beliau akan tetap bersama Umno dan Barisan Nasional (BN) walaupun terpaksa berhadapan dengan kecaman bertubi-tubi pemimpin parti itu ekoran pendiriannya dalam soal pertikaian royalti minyak Kelantan.

“Perjuangan saya dalam Umno sudah lama. Jadi tidak ada sebab saya akan tinggalkan perjuangan yang sudah pun sebati dengan saya.

“Saya bukan pembangkang. Kalau orang kata saya ini pembangkang itu silap.

“Saya lihat kepada kebenaran, dan saya ingin terjemahkan kebenaran dan keadilan itu kepada rakyat,” kata beliau pada sidang media selepas menghadiri majlis Perjumpaan Kepimpinan BN Parlimen Gua Musang di Bukit Chekati di sini hari ini.

Tengku Razaleigh berkata demikian bagi menerangkan dengan secara langsung kepada masyarakat setempat termasuk ahli-ahli Umno Gua Musang berhubung isu-isu mengenai pendiriannya dalam politik yang sejak kebelakangan dilihat seperti menentang arus.

“Sebelum ini orang hanya dengar melalui radio, TV dan surat khabar.

“Jadi sekarang saya ingin terangkan kepada umum termasuklah kepada rakan-rakan dari Umno sendiri secara langsung bahawa saya tetap dengan Umno.

“Walau sebanyak mana sekalipun saya dikecam, jiwa saya tetap pada Umno dan saya akan bersama Umno,” tegasnya.

Tengku Razaleigh diandaikan oleh segelintir pemimpin Umno seolah-olah bertukar pendirian apabila bertindak sanggup memberi penerangan secara terbuka dalam isu tuntutan royalti minyak Kelantan di stadium Sultan Mohamad IV Januari lalu.

Segelintir pemimpin menggesa beliau keluar Umno dan mengosongkan kerusi Parlimen Gua Musang.

Oleh itu, Majlis Tertinggi Umno dalam mesyuaratnya hujung bulan lalu menyerahkan kepada akar umbi untuk memberikan pandangan mengenai tindakan yang patut diambil ke atas Tengku Razaleigh.

“Saya bertanggungjawab untuk menerangkan kepada rakyat sebab saya tidak mahu rakyat labelkan saya sebagai pembohong kepada mereka.

“Apatah lagi saya orang yang bertanggungjawab dalam merangka undang-undang perjanjian pasal minyak ini seperti mana diminta oleh (Allahyarham) Tun Razak,” katanya.

Mengulas mengenai Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa yang mempelawanya menyertai parti berkenaan, beliau mengucapkan terima kasih sambil menambah, “Saya Umno, dan akan tetap dengan Umno”.

“Saya tidak akan mengubah prinsip dan pendirian,” katanya.

Pada majlis yang sama Tengku Razaleigh turut memaklumkan bahawa beliau akan hadir pada satu sesi penerangan berkaitan isu tuntutan royalti minyak di Terengganu pada 18 Mac ini.

“Atas tiket NGO saya akan hadir. Sama seperti di Kota Baru dulu pun saya hadir atas tiket NGO bukan parti politik,” katanya sambil bertegas, tidak akan hadir pada majlis seumpama itu sekiranya dianjurkan atas tiket parti politik.

Sehubungan itu beliau mengharapkan seluruh rakyat terutama ahli dan pemimpin Umno khususnya BN faham dengan penerangan dibuatnya hari ini.
-malaysianinsider-

GST Tidak Akan Dibentangkan

Pemerintah memutuskan untuk tidak membentangkan usul Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST) di sesi Parlimen depan.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata langkah ini diambil bagi memberi lebih banyak masa untuk mendapatkan pandangan dari rakyat.

“Kami mahu pandangan umum (rakyat). Bila ia dibentangkan ia bergantung kepada langkah kami mendekati rakyat dan penerimaan daripada rakyat,” kata Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Kuala Lumpur (DPMM Kuala Lumpur), hari ini.
-tvselangor-

"Perang" Ramli - Musa bakal meletus lagi?

Tok Pijat

Datuk Ramli Yusuff akhirnya mencapai "kemenangan'[ramli+yusof.jpg] setelah berjuang hampir 2 tahun setengah. Beliau di bebaskan oleh Mahkamah Syesyen Kuala Lumpur dari tuduhan kegagalan isytihar asetnya.

Kes Datuk Ramli ini dilihat sebagai siri "peperangan" melawan IGP Musa dalam kepimpinan PDRM. Lebih-lebih lagi apabila Datuk Ramli adalah orang ketiga dalam hieraki kepimpinan PDRM yang boleh menggugat IGP Musa.

Apabila Datuk Ramli mula "mengusik" orang Musa yang terlibat dengan aktiviti kongsi gelap iaitu Goh Cheng Poh @ Tengku" , maka bermulalah "api peperangan" antara orang nombor satu dengan orang nombor tiga PDRM.

Dengan bebasnya Datuk Ramli, nampaknya tidur IGP Musa dan AG Gani kembali "tidak lena". AG Gani dilihat berkerjasama dengan IGP Musa apabila Jabatan Peguam Negara tidak mengeluarkan adffidavit yang menyebabkan Datuk Ramli terpaksa menggunakan khidmat peguam luar, Rosli Dahlan.

Kalau kita menngamati kes ini, ianya sama seperti kes Anwar. Anwar disabitkan kes liwat oleh PM Najib. Manakala Datuk Yusuff dengan kes rasuah. Matlamatnya untuk halang kekuasaan digugat.

Najib dan Musa serta Gani berganding bahu bersatu untuk halang Anwar menduduki Putrajaya. Ini kerana jika Anwar berjaya menduduki Putrajaya bermakna 1001 skandal mereka bertiga akan "dilondeh" kepada rakyat.

Datuk Ramli Yusuff pernah menjawat Ketua Polis Terengganu semasa era pemerintahan PAS. Semasa di Terengganu hubungan beliau dan PDRM dengan Kerajaan Negeri amat mesra dan mendapat kerjasama.

Buku daftar pemilih SPR boleh DIMANSUHKAN SELAMANYA

albangi
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Malaysia mewajibkan rakyat yang cukup umur 21 tahun supaya mendaftar diri sebagai pengundi. Jika tidak, maka mereka tidak boleh mengundi dalam Pilihanraya Umum (PRU) di Malaysia.

Malangnya ramai pengundi muda khususnya generasi ketiga selepas Kemederkaan Malaysia tidak berminat untuk mendaftar sebagai pengundi kerana pelbagai faktor: masa, fizikal, tahap patriotik, ketidaktelusan dalam PRU dan ugutan dalam PRU. Akibatnya jumlah pengundi berdaftar berkurangan apabila ramai pengundi lama telah mati dan sekaligus bilangan ini tidak mencerminkan demokrasi yang baik di Malaysia.

Satu penyelesaian yang terbaik ialah menjadikan semua rakyat Malaysia yang cukup umur 21 menjadi pengundi yang layak secara automatis. Ini bermakna mereka boleh mengundi dalam DUN dan Parlimen berdasarkan alamat dalam KP mereka yang didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Dengan itu, buku daftar pemilih SPR boleh DIMANSUHKAN SELAMANYA kerana JPN boleh menerbitkan buku daftar pemilih baru yang lebih tepat. Dengan adanya buku daftar pemilih baru JPN ini, ia akan

  1. mengelakkan pertindihan nama atau no. KP pengundi di tempat yang berbeza tetapi dalam negeri yang sama mahupun negeri yang berbeza
  2. menunjukkan ketelusan dalam proses demokrasi melalui PRU
  3. tidak ada rakyat yang boleh mengundi lebih dari sekali
  4. tidak ada rakyat yang “sudah mati” boleh mengundi
  5. tidak ada rakyat asing atau pendatang asing yang memegang kad KP merah boleh mengundi

Jika tidak, PENGUNDI HANTU akan terus wujud kerana proses pengurusan dan pentadbiran PRU mengizinkan hal itu berlaku. UMNO dan BN akan menentang cadangan ini. Percayalah.

Mungkin timbul isu bahawa ada pengundi yang menggunakan alamat kampungnya di dalam KP , misalnya di Terengganu, tidak boleh mengundi di tempat dia bekerja di Kuala Lumpur.

Isu ini boleh diselesaikan secara mudah dengan adanya teknologi canggih hari ini. SPR dengan kerjasama JPN hanya perlu melakukan pengesahan kelayakan pengundi yang mahu mengundi di luar kawasan (berbeza dengan alamat dalam KP) mereka.

Dengan yang demikian, buku induk daftar pemilih yang baru hanya ada maklumat seperti dibawah

– nama, no. KP, alamat, tempat mengundi

Parti politik bertanding boleh mendapatkan buku induk ini dan memastikan tidak ada pertindihan nama dan no. KP serta tidak ada orang yang akan mengundi dua kali. Jika kerajaaan mahu PRU yang TELUS, AMANAH dan PROFESIONAL, maka perkara ini harus dipastikan berlaku.

Kalau kerajaan mahukan PRU yang LEBIH TELUS, LEBIH AMANAH dan LEBIH PROFESIONAL, maka setiap pengundi yang telah mengundi membasahkan salah satu jari mereka dengan dakwat khas seperti yang diamalkan oleh negara lain bagi menjamin PRU yang TELUS, AMANAH dan PROFESIONAL . Tapi UMNO-BN akan menentang cadangan ini. Percayalah.

Sebelum ini, PRU di Malaysia dianggap TIDAK TELUS, TIDAK AMANAH, dan TIDAK PROFESIONAL kerana terdapat lubang-lubang yang boleh membawa kepada penipuan, rasuah, dan penyelewengan dalam buku daftar pemilih.

Kita perlu faham bahawa buku daftar pemilih hanyalah satu daripada banyak perkara dalam PRU yang boleh diselewengkan.

Perkara lain yang terdedah kepada penipuan, rasuah, dan penyelewengan yang belum dibincangkan dalam artikel ini ialah

a. proses pencalonan

b. hak berkempen dan penggunaan tempat lapang awam

c. proses mengundi

d. penggunaan jentera, duit, bangunan kerajaan oleh parti yang pemerintah semasa musim PRU dan selepas Parlimen dibubarkan

e. proses mengira undi

f. kempen dalam media arus perdana

g. hari mengundi

dan lain-lain yang pembaca boleh tolong senaraikan dan bincangkan

http://albangi.wordpress.com/

Ahli Parlimen Bebas Diberi Tempat Khas

Sidang Mesyuarat Kedua, Penggal Ketiga Parlimen Ke-12 yang akan dirasmikan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, pada Isnin ini akan menyaksikan tujuh Ahli Parlimen Bebas diletakkan dalam satu kelompok di Dewan Rakyat.

Mendahului kedudukan Ahli Parlimen Bebas itu ialah Ahli Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali yang akan duduk di barisan ke-3, diikuti Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai) di barisan ke-4 di blok F.

Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Eric Enchin Majimbun pula akan berada di barisan terakhir blok berkenaan bersama-sama dengan Datuk Dr Chua Soon Bui (Tawau) dan Zulkifli Noordin (Kulim-Bandar Baharu).

Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Roosme Hamzah, berkata kedudukan baru Ahli Parlimen Bebas itu sudah mendapat kelulusan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

“Bagaimanapun, kedudukan Ahli Parlimen Bebas itu masih tertakluk kepada perubahan seperti kemungkinan beralih kerusi,” katanya pada taklimat kepada media mengenai persiapan menjelang Penggal Ketiga Parlimen Ke-12 di sini, semalam.

Roosme berkata, mesyuarat Parlimen itu akan berlangsung selama 32 hari, dari 15 Mac hingga 15 April depan dan 11 hari (26 April hingga 6 Mei).

Tuanku Mizan yang menyempurnakan istiadat pembukaan Penggal Ketiga Majlis Parlimen itu akan turut bertitah di Parlimen sebelum titahnya dibahaskan selama tujuh hari, manakala tempoh empat hari diperuntukkan kepada menteri Kabinet untuk menjawab perbahasan.

Selain tujuh wakil Bebas, persidangan Parlimen kali ini menyaksikan 137 kerusi adalah wakil Barisan Nasional (BN) manakala 78 kerusi wakil pakatan pembangkang.
-tvselangor-

Selamatkan negara melalui penghayatan Islam

1.Kebelakangan ini negara kita mengalami perubahan suhu panas yang agak ketara. Paras takungan air menurun dan pemanasan suhu meningkat. Ia memberi kesan kepada tahap kemarau yang membimbangkan.

2.Sebagai seorang muslim dan mukmin, kita sangat yakin bahawa fenomena ini bukanlah terjadi dengan sendiri tanpa sebarang sebab atau hikmah disebaliknya melainkan ia adalah merupakan ketentuan Allah swt sebagai

a] ibtila' [ujian untuk meningkatkan ketaqwaan dan keimanan]
b] kaffarah [penghapusan dosa dan menyucikan jiwa] atau
c] musiibah [bencana untuk manusia insaf, berfikir dan bertaubat]

3.Kerakusan dan ketamakan manusia sekali lagi boleh menjadi faktor penyumbang kepada fenomena pemanasan suhu ini. Sebagai contoh mudah ialah, penebangan bebas dan menggondolkan bukit tanpa mengambil kira kesan ke atas alam sekitar, pembakaran terbuka, mengotor dan memusnahkan sungai. Kesan dari perbuatan tangan [dosa] manusia inilah mencetus musiibah. Firman Allah swt:

Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut Dengan sebab apa Yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya Yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk Yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).Surah Ar Ruum: 41

4.Menyedari perkara [musibah] ini adalah datang daripada Allah swt, maka langkah yang paling bijak ialah kembali [taqarrub dan taubah] kepada Allah swt. Bermula dari pemimpin, rakyat, ahli politik, ahli ekonomi, aktivis sosial dan semua pihak mesti kembali tunduk dan patuh kepada syariat Allah swt.

5.Langkah yang diambil oleh YAB Dato' Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz sebagai ketua kerajaan negeri Kelantan menganjurkan solat Istisqa' [sembahyang minta hujan] adalah satu contoh yang paling bijak. Solat Istisqa' bukan sahaja berupa munajat [memohon] hujan tetapi turut mengandungi istighfar [mohon ampun] dan taubah serta tadharru' dan tawakkal [merendah dan menyerah diri] kepada Allah swt Tuhan yang menjadikan kemarau panjang ini.

6.Kaedah dan pendekatan seperti ini tidak berlaku di dalam sistem pentadbiran sekular yang memisahkan politik mereka dari agama. Akhirnya mereka akan terus sengsara dan derita bersama keangkuhan dan keegoan mereka yang enggan kembali kepada Allah swt. Tidak mustahil, kesombongan dan keangkuhan itu kelak akan membawa musibah yang lebih besar dan menjanjikan azab yang lebih pedih terutamanya diakhirat kelak.

7.Memerintah, mentadbir dan mengurus manusia serta negara, tidak hanya terhenti di atas kemahiran dan kepakaran tetapi mestilah juga berpaksi di atas kepatuhan dan ketundukan kepada syariat Allah swt.

Dan (Tuhan berfirman lagi): sekiranya penduduk [rakyat dan pemimpin] negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) Yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. tetapi mereka mendustakan (Rasul kami), lalu Kami timpakan mereka Dengan azab seksa disebabkan apa Yang mereka telah usahakan .Surah Al A'raaf: 96

8.Perjuangan yang memisahkan politik dari agama [sekular] adalah perjuangan yang bathil malah membawa mala petaka kepada negara. Negara yang ditadbir dan diperintah tanpa agama akan melahirkan manusia yang tidak kenal dosa dan pahala bahkan wujud pelbagai budaya maksiat dan mungkar yang mengundang jenayah serta salah laku atau penyelewengan moral [akhlak].

9.Logik dan rasionalnya sesuatu sistem ciptaan manusia tentunya tidak boleh mengatasi peraturan [syariat] ciptaan Allah swt. dan tentu sahaja Allah swt lebih tahu bagaimana mengurus manusia sebagai makhluk ciptaanNya atau siapa yang boleh menafikan bahawa manusia adalah hasil ciptaan Allah swt?

10.Selamatkan negara kita dengan menyeru seluruh rakyat kembali kepada Islam. Sementara non muslim diseru agar menerima dan memberi kepercayaan kepada Islam untuk mentadbir dan memimpin negara [sementara mereka tidak dipaksa menganut agama Islam. Kerana:

a] Islam agama yang adil untuk semua.
b] Islam melarang segala bentuk jenayah dan menghukum penjenayahnya
c] Islam memberi hak membela diri bagi mereka yang dituduh
d] Islam menuntut bukti kukuh bagi mereka yang mendakwa.
e] Islam mengharamkan kezaliman dan penindasan
f] Islam anti rasuah dan sistem riba yang menindas
g] Islam menganjurkan perpaduan dan silaturrahim
h] Islam mengutamakan ilmu pengetahuan dan budaya yang sihat
i] Islam memelihara hak dan memulangkan hak kepada yang berhak
j] Islam menghormati pandangan dan agama yang berbeza
k] Islam bukan agama perkauman
l] Islam tidak eksterim sebaliknya sangat toleransi]
m] Islam benci maksiat dan mungkar
n] Islam menganjurkan keamanan , kesejahteraan dan keharmonian.
o] Islam menjaga keselamatan dan memberi perlindungan
p] Islam menaja kebersihan dan kesucian
q] Islam memastikan kesihatan dan keafiatan
r] Islam mengurus tamaddun dan peradaban yang sihat dan hebat
s] Islam adalah agama rahmat [kasih sayang] dan berkat [bertambah kebaikan]
t] Islam menjanjikan ketenangan dan kedamaian
u] Islam menawarkan keampunan
v] Islam menjanjikan ganjaran pahala dan syurga atas ketaatan
w] Islam menjanjikan dosa dan neraka atas penderhakaan
x] Islam menganjurkan kebajikan dan kebaikan
y] Islam membunuh segala sifat mazmumah [jahat dan negatif]
z] Islam membina segala sifat mahmudah [baik dan terpuji]

Jika Islam tidak benar dan betul atau ada yang tidak kena dengan Islam, sila beritahu saya, dimana tidak kenanya Islam?

Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi,

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.
http://episodeperjuangan.blogspot.com/

Mana ada pejuang Melayu dari UMNO

Afrar Yunus

Saya bukan benci orang Cina.Saya nak tergelak apabila ada orang UMNO berkata dia adalah pejuang Melayu. Dengan menobatkan dirinya sendiri sebagai pejuang, maka dia bersekongkol dengan orang Cina dalam semua aktiviti demi memperbodohkan bangsanya yang saban kali pilihanraya memberikan undi kepada mereka (pejuang bangsa konon).

Kemudian dia menuding jari ke arah Pakatan Rakyat yang berbaik dengan Lim Guan Eng.

Baca juga Dari Celah kangkang Cina pejuang palsu menjerit.

Manakala pejuang Melayu Penang kelihatan menjerit dari dalam kain isteri masing-masing.

Wah ! Hebat.

Mereka adalah pejuang-pejuang palsu. Hidup mati mereka adalah dengan taukeh-taukeh. Mereka hidup untuk "makan apa saja". Hatta darah bangsa mereka sendiri dihirupnya.

Jika mereka makan untuk hidup, nescaya sudah terbela bukan sahaja kaum Melayu di Malaysia tetapi juga Cina, India, Siam, Kadazan, Murut, Dayak dan sebagainya.

Adakah 52 tahun itu singkat masanya. Ya bagi mereka yang belum puas mengaut khazanah negara.

Ada yang berkata, jika UMNO boleh menjadi pejuang bangsanya bermakna kiamat sudah hampir tiba.

Dari Penarek Beca : Klik gambar lihat anak panah

Buat masa ini mana ada pejuang Melayu dari UMNO untuk membela rakyat Malaysia. Itu cuma indah khabar dari rupa sahaja.

Petikan:http://alkerohi.blogspot.com/

Anggota tentera maut motosikal bertembung kereta Tian Chua

JOHOR BAHARU, 13 Mac: Seorang anggota tentera maut apabila motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan kereta yang dinaiki Anggota Parlimen Batu, Tian Chua, di KM49 Jalan Johor Baharu-Mersing berhampiran Hutan Lipur Panti, dekat Kota Tinggi, malam tadi.

Kereta Tian Chua dipandu oleh Zaharuddin Ayob, 45, iaitu Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Batu.

Mohd Salleh Hamdan, 22, yang koma akibat cedera parah dalam kemalangan itu, meninggal dunia dua jam selepas tiba di Hospital Kota Tinggi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Osman Mohammad Sebot berkata kejadian pada kira-kira pukul 9 malam itu berlaku ketika anggota tentera yang bertugas di Kem Iskandar, Mersing itu dalam perjalanan ke Kota Tinggi.

Beliau berkata Tian Chua pula menuju ke Mersing selepas menghadiri majlis ramah mesra di Kota Tinggi.

“Pemandu Tian Chua, Zaharuddin Ayob, 45, yang juga Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Batu, dipercayai gagal mengawal kereta Mercedes yang dipandunya lalu masuk di laluan bertentangan sebelum melanggar motosikal yang dinaiki anggota tentera itu,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Osman berkata sebuah motosikal lain yang datang dari arah Mersing turut melanggar motosikal Mohd Salleh.

Zaharuddin dan Tian Chua yang berada di tempat duduk belakang kereta tidak cedera, manakala seorang lagi penunggang motosikal Mohd Zairi Mansor, 29, cedera ringan, katanya. -
-Bernama-

Siapa ulama PAS sokong Zulkifli Noordin

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 13 Mac:
Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zukifli Noordin diminta menjelaskan siapakah ulama PAS yang dikatakan menyokongnya ekoran dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Setahu saya, hanya Ustaz Taib Azamuddin (Ahli Parlimen Baling) dan saya sahaja yang rapat dan selalu membela beliau. Sejak petisyen terhadapnya ditarik balik oleh calon Umno/BN, dia tidak lagi berhubung dengan saya.

“Apabila saya hubungi Ustaz Taib, dia pun beritahu hal yang sama. Jadi siapa sebenarnya ulama PAS yang sokong beliau lagi,” kata bekas Naib Presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang (gambar) kepada Harakahdaily.

Dalam satu kenyataan media, Zulkifli berkata, beliau mendapat sokongan penuh daripada ulama PAS.

“Saya tertanya-tanya siapakah ulama PAS itu,” ujar Ahmad lagi yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Perak.

Sebelum ini, satu media elektronik melaporkan Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS sedia mempertimbangkan Zulkifli menyertai parti itu.

Namun dalam kenyataan kepada Harakahdaily sebagai menjelaskan laporan itu, beliau memberitahu apa yang dinyatakan itu adalah dasar terbuka PAS.

Begitupun, beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang yakin PAS tidak akan menerima Zulkifli sebagai ahli.

Elia Suhana tidak dibenar ziarah Sultan Kelantan pagi ini

Mohd Zuharman

KOTA BARU, 13 Mac: Elia Suhana Ahmad, isteri kedua Sultan Kelantan, tidak dibenarkan melawat Sultan Ismail Petra yang berangkat pulang dari rawatan di Singapura minggu lalu, di Istana Mahkota pagi ini.

Elia Suhana yang amat terkilan kehadirannya sebagai seorang isteri terus mendapat halangan berkata, “sebagai isteri saya juga mempunyai hak untuk berada di sisi suami.”

“Dan saya hadir pada hari ini berasaskan perintah mahkamah yang telah mengeluarkan perintah kebenaran kepada saya melawat Tuanku setiap Sabtu hingga pagi Isnin.

“Semua maklum, perintah mahkamah masih berkuat kuasa.

“Saya hanya ingin melawat Tuanku sahaja,” kata Elia Suhana.

Bagaimanapun beliau mendoakan agar Sultan Kelantan terus sihat.

“Saya akan doakan kesihatan Tuanku, semoga Tuanku sentiasa mendapat rahmat Allah SWT,” kata Elia Suhana selepas kehadirannya untuk melawat Sultan Ismail Petra di Istana Mahkota pagi ini gagal.

Elia Suhana dan peguamnya Fakhrul Azman Abu Hassan bersama beberapa rombongannya tiba di Istana Mahkota, Kubang Kerian kira-kira pukul 7.30 pagi ini terpaksa berlalu pergi 15 minit kemudian apabila tidak dibenarkan masuk melawat Sultan Kelantan.

“Maaf encik, saya diarahkan Raja Perempuan, tidak benarkan masuk. Saya hanya menjalankan perintah,” kata pengawal pintu masuk Istana Mahkota walaupun ditunjukkan surat kebenaran mahkamah.

Perancangan awal Elia Suhana untuk melawat Sultan Kelantan, yang dijadualkan 20 Mac ini, terpaksa diubah dan dipercepatkan kerana sebab-sebab tertentu.

Fakhrul Azman memberitahu akan membawa anak guamnya itu pada 20 Mac ini.

Pada 21 Feb lalu, Elia Suhana memfailkan saman menghina mahkamah ke atas Raja Perempuan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid kerana ingkar mematuhi perintah Mahkamah Tinggi Syariah yang telah membenarkan beliau menziarahi baginda pada setiap Sabtu sehingga pagi Isnin setiap minggu.

Mahkamah membuat keputusan tersebut dengan membenarkan Elia Suhana melawat Sultan Kelantan pada 4 Feb lalu yang ketika itu baginda sedang menerima rawatan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.

Sementara itu Fakhrul Azman ketika ditemui berkata “kita akan hantar notis tunjuk sebab, kerana ini bercanggah, maksudnya langgar perintah mahkamah.”

Sultan Kelantan telah berkahwin dengan Elia Suhana pada 31 Dis 2007.

Laporan Bernama empat hari lepas menyebut Sultan Ismail melalui peguamnya Zainul Rijal Abu Bakar telah memfailkan permohonan pengesahan cerai talak tiga terhadap Elia Suhana.

Zainul Rijal berkata beliau telah dititahkan oleh Sultan Kelantan supaya memfailkan permohonan pengesahan cerai.

Mengikut laporan, Zainul Rijal mendakwa beliau telah dititahkan oleh Sultan Kelantan supaya memfailkan permohonan pengesahan cerai yang telah dilafazkan baginda pada 12 Feb lalu di hadapan beberapa orang saksi.

Ia difailkan oleh seorang wanita bernama Nik Rohana Abdul Rahman.

-malaysianinsider-