Anak Presiden Mesir bawa 100 beg

 
SEORANG penunjuk perasaan melaungkan slogan anti-Presiden Mesir, Hosni Mubarak di Kaherah semalam.
KAHERAH: Seorang anak lelaki Presiden Mesir, Hosni Mubarak melarikan diri ke London dengan membawa 100 bagasi, lapor beberapa buah akhbar semalam.

Anak lelaki Hosni itu, Gamal berusia 48 tahun melarikan diri selepas sjeumlah para penunjuk perasaan yang mendapat ilhan dari kejadian di Tunisia menuntut peletakan jawatan bapanya.

Bapanya telah memerintah Mesir selama 30 tahun selepas kematian Anwar Sadat yang mati ditembak dalam satu majlis ketenteraan.

Gamal kerap dikatakan akan menggantikan bapanya sebagai Presiden Mesir.

Sementara itu, para penunjuk perasaan melakukan protes pada hari ketiga semalam bagi menuntut peletakan jawatan Hosni.

Mereka menuntut peletakan jawatan itu kerana menganggap pemerintahan Hosni dicemari rasuah, penindasan dan masalah penggangguran.

Ekoran perkembangan itu, Parti Demokratik Kebangsaan yang dianggotai Hosni mengadakan mesyuarat semalam untuk menilai situasi di negara tersebut.

Anggota-anggota prodemokrasi yang dikenali sebagai Pergerakan 6 mendesak tunjuk perasaan akan diadakan selepas solat Jumaat hari ini.

Menurut seorang pegawai keselamatan Mesir, sekurang-kurangnya 1,000 orang ditahan sejak tunjuk perasaan itu bermula pada Selasa lalu.

Sementara itu, pemenang Hadiah Nobel Keamanan dan bekas Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa, Mohamed Elbaradei semalam berkata, beliau bersedia untuk mengetuai perubahan di Mesir jika diminta.

Beliau dalam perjalanan pulang ke Kaherah dari Vienna, Austria semalam.

Kehadiran Elbaradei ke Mesir akan memberikan semangat baru ke atas para penunjuk perasaan yang menuntut peletakan jawatan Hosni.
-Agensi/kosmo-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan