Balu ke mahkamah tuntut bedah siasat kedua

 Anggota keluarga M Krishnan yang mati ketika dalam tahanan polis 7 Januari lalu dan perwakilan Pakatan Rakyat hari ini mengemukakan permohonan di mahkamah di Jalan Duta hari ini untuk memaksa kerajaan menjalankan bedah siasat kedua.
NONEBedah siasat pertama yang dilakukan oleh hospital HUKM di Cheras menyatakan mangsa mati akibat radang atau luka dalam perut. Namun ahli keluarga dan seorang saksi mendakwa Krishnan dibelasah

Ahli parlimen Puchong, Gobind Singh Deo mahu penubuhan Institut Kajian Forensik bagi memantau kes-kes seumpama itu yang memerlukan bedah siasat kedua.

“Anggota keluarga tidak seharusnya dibiarkan sengsara untuk menuntut bedah siasat kedua berikutan kematian yang mencurigakan.

“Insitut seumpama itu juga boleh membantu memastikan ahli patologi menjalankan bedah siasat dengan betul,” katanya.

Mereka yang lain mengiringi anggota keluarga Krishnan adalah ahli parlimen Kapar S Manikavasagam, ADUN Port Dickson P Ravi dan naib presiden PKR N Surendran.

NONESurendran berkata bedah siasat pertama juga dijalankan tanpa kebenaran daripada keluarga mangsa.

Dalam permohonan hari ini, balu Krishnan, P Revathi menamakan ketua balai polis Bukit Jalil, OCPD Cheras, ketua polis negara, majistret Kuala Lumpur dan peguam negara sebagai responden.

Dia memohon satu lagi bedah siasat dijalankan di Pusat Perubatan Universiti Malaya di Petaling Jaya dan dilakukan oleh Dr Prashant N Samberkar.

Revathi juga menuntut mayat suaminya itu dibawa dari HUKM ke UMMC bagi tujuan bedah siasat itu.

NONEDia juga mahu salinan bedah siasat kedua dan juga laporan bedah siasat pertama yang dijalankan oleh HUKM diserahkan kepada peguamnya.

Selain itu, Revathi juga mahu laporan polis berkaitan keterangan saksi dan rakaman kenyataan lain diserahkan kepada.

Dia juga meminta sebuah inkues ditubuhkan mengikut seksyen 334 Kanun Jenayah dan mahu seorang peguam hadir semasa bedah siasat pertama dan segala kos tersebut ditanggung oleh responden.
-malaysiakini-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan