Catriona Ross Tak Mahu Buka Tudung

KUDisuruhALA LUMPUR: Pelakon Catriona Ross mengakui kecewa dengan sikap segelintir pengarah yang mendiskriminasikan pelakon-pelakon bertudung dengan watak yang diberikan terlalu stereotaip.

Katanya, sejak tampil dengan penampilan baru dia hanya mendapat tawaran watak-watak yang kecil dan sampingan sahaja biarpun pada asalnya pihak produksi menawarkannya watak utama.

"Saya kecewa sebab pada asalnya mereka tawarkan watak yang berat dan mencabar tapi bila saya terangkan bahawa saya sudah bertudung, mereka akan tukar watak tersebut kepada watak lain yang kurang mencabar.

"Ada juga yang terus tidak hubungi saya apabila mengetahui saya sudah bertudung," katanya mengakui sukar meyakinkan pihak produksi dengan keupayaannya membawakan watak mencabar.

Dalam pada itu, menurut Catriona, terdapat juga pihak produksi yang meminta dia untuk membuka tudung bagi melakonkan sesebuah watak.

"Bila saya cakap saya bertudung, mereka akan bertanya sama ada saya boleh buka atau tidak untuk watak tersebut. Saya kecewa sebab mereka ambil remeh tentang perkara ini.

"Mereka ingat saya pakai secara suka-suka dan samakan saya dengan pelakon lain yang boleh buka tudung. Pendirian saya tetap untuk tidak membuka tudung," katanya.

Selain itu, Catriona yang menganggap kemunculan pertama dalam drama terbaru Sakti Delima akan membuka mata produksi lain tentang penampilan seseorang tidak membataskan bakat yang ada.

"Selepas bersalin banyak juga tawaran yang saya tolak sebab bagi saya tidak bersesuaian dan tawaran yang datang oleh JS Pictures Sdn Bhd tepat pada masanya,

"Dalam drama ini saya melakonkan watak antagonis iaitu seorang ahli sihir yang menjadi penghalang kepada Siti Melur mendapatkan rantai Sakti Delima " ujarnya.

Menurut Catriona, kali pertama menerima tawaran tersebut, dia begitu teruja dan menganggap ia sebagai peluang baik untuknya kembali berlakon.

"Ketika mendapat tawaran memainkan watak ini, saya terus terima tanpa berfikir lama. Bagi saya ini peluang terbaik untuk kembali ke depan televisyen dengan memberi watak yang boleh diingati," katanya.

Drama Sakti Delima merupakan drama adaptasi daripada filem Pancha Delima yang mengisahkan tentang kesaktian seutas rantai sakti yang menjadi rebutan ramai. Drama di slot Legenda 20 episod ini telah mula ditayangkan pada 3 Januari lalu, setiap Isnin hingga Khamis.

Antara pelakon lain yang menjayakan ialah Bienda, Iqram Dinzly, Sheila Rusly, Safura, Ungku Ismail, Aida Khalida dan Liza Hanim.
-mstar-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan