Hajat Azizi Abdullah nak belasah Exco Kelantan tak jadi, bila tatap wajah Tok Guru Nik Aziz

Tarmizi Mohd Jam

"Saya hadir atas tiket blogger yang mahu mencemuh kepimpinan Pas Kelantan kerana nada memperjuangkan syariat Islam berbeza dari tahun-tahun 60an, 70an, 80an, 90an dan apa lagi setelah bersama DAP, PKR. Hudud tidak pernah saya dengar sekarang," kata Azizi Abdullah dalam blognya.

Ternyata kepimpinan ulama negeri Kelantan bijak dengan maqasid syariyahnya, pendekatan hikmahnya. Beliau terkedu apabila ‘adinda’ YB Exco Takiyuddin menjelaskan satu persatu. “Kalau tak mampu menanggung beras seguni, jangan tinggal semuanya. Bawa sekadar mampu,” jelas Tuan Guru.

"Saya teringat beberapa komen dalam blog saya beberapa kawan yang tidak bersetuju dan menuduh Pas sudah dicucuk hidung, sudah menggadai maruah Islam kepada DAP. Malam itu jika mereka sempat bersama, persoalan dan cemuhan ini akan menolong mereka mengerti sedikit sebanyak.

“Kalau Umno baik dengan MCA, dengan MIC, tolak Islam tak apa. Tapi kenapa Pas baik dengan DAP dan Pas tak tinggal Islam, tak boleh kita terima?” tanya Tuan Guru.
http://sanggahtoksago.blogspot.com/

1 ulasan:

  1. Salam tuan blogger, jika diizinkan, bolehkah jika saya guna gambar arwah Tuan Azizi yg berdiri di hadapan xstand microphone itu di dalam Dewan Sastera isu Disember 2013? =)

    Saya Yat Hasan, Designer Dewan Sastera. =)

    Facebook: Yat Hasan

    BalasPadam