Kekosongan kerusi DUN Pelabuhan Klang dimaklum kepada SPR

SHAH ALAM: Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Datuk Teng Chang Khim hari ini berkata beliau sudah menghantar surat pemberitahuan tentang kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang yang disandang Badrul Hisham Abdullah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pejabat SPR negeri di Shah Alam mengaku menerima surat pemberitahuan itu dan perisytiharan tentang kekosongan kerusi berkenaan, katanya kepada pemberita di sini. 

Teng berkata dengan perisytiharan itu, Badrul Hisham kini tidak lagi layak menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana beliau bukan lagi seorang Adun. 

"Sepanjang yang melibatkan saya, perisytiharan tentang kekosongan kerusi itu telah dibuat. Beliau bukan lagi seorang Yang Berhormat, (beliau) kini adalah Yang Berbahagia. Hanya Yang Berhormat dibenarkan memasuki dewan," katanya.

Ditanya tentang cara majoriti dua pertiga akan ditentukan apabila hanya 55 daripada keseluruhan 56 kerusi DUN itu diisi, Teng berkata ia tetap akan dikira berdasarkan keseluruhan jumlah kerusi iaitu 56. 
-Bernama-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan